TMJ titah Pengarah Pendidikan Johor, 779 guru tolak vaksin menghadap

Anonymous
0

 


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan kira-kira 779 guru yang menolak menerima vaksiin C0vid-19, bagi mencari penyelesaian isu itu.


Tunku Ismail menerusi dua ciapan di akaun Twitter baginda hari ini bertitah, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat.


"Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemlk ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.



"Insya Allah kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara berhemah," titah baginda dalam ciapan berkenaan.


Tunku Mahkota Johor membuat ciapan berkenaan apabila seorang netizen berkongsi laporan berita Harian Metro berkenaan seramai 779 guru di Johor menolak untuk menerima vaks1n C0vid-19.



Hari ini, Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang, ketika menjawab soalan tambahan pada Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14, dilaporkan memaklumkan kira-kira 779 guru di negeri ini menolak untuk menerima vaksiin C0vid-19.


Mazlan dilaporkan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai kebaikan vaksiin supaya golongan guru terbabit akan menerima vaksiin.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)