Netizen kecam gurauan kasar Ryzal Ibrahim baling botol kepada Maryam, ini jawapan dari Maryam

Anonymous
0

 


Baru-baru ini pasangan instafamous terkenal, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam telah memuat naik satu hantaran di media sosialnya memaparkan suaminya melakukan balingan botol ke atas kepalanya.


Video berdurasi sekitar 10 saat itu mencetuskan kemarahan ramai apabila suaminya dikatakan berkelakuan agak kasar.


Reaksi Maryam yang agak terkejut itu kemudian menimbulkan kerisauan ramai apatah lagi dia kini sedang sarat mengandung.


“Janganlah kasar-kasar tengah mengandung tu.”


“Gurau kasar nampak Ryzal.”

“Hurmm tak kelakar, first sebab kepala, 2nd its your wife. Nak bergurau pun ada batas dan wife kau mengandung kot,” kata beberapa netizen.


Biarpun begitu Maryam menganggap ia bukanlah satu perkara yang serius dan hanya sekadar gurauan antara suami dan isteri.


“Saya sangat okay. Kalau tak ok saya tak post video ni, terima kasih,” balas Maryam menerusi ruang komen.

Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan dari Ryzal kepada isterinya itu, namun ada juga yang 'back up' mengatakan itu hanyalah gurauan semata-mata dan janganlah ambil serius.





Terdahulu, Ryzal dan Maryam mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya pertama setelah dua tahun berumah tangga.

Sumber : GEMPAK

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)