Murid perempuan dilihat kembali ke sekolah selepas TaIiban ambil alih negara

Anonymous
0

 


Selepas pergolakan dan pertempuran berlaku di Afghanistan, kini kanak-kanak di negara itu sudah mula kembali ke sekolah sehari selepas TaIiban mengambil alih pentadbiran.


Kanak-kanak dilihat memakai tudung berwarna putih dan jubah hitam di bandar Herat yang terletak di barat Afghanistan.



Golongan wanita dan kanak-kanak perempuan dilihat bebas berjalan di luar untuk menuju ke sekolah dan kolej.


Seorang murid, Roqia berkata, dia mahu keadaan di negaranya kembali pulih dan membangun seperti negara lain.



“Kami harap TaIiban dapat memastikan kawalan keselamatan di negara ini. Kami tidak mahu peprangan dan hanya menginginkan keamanan di negara ini,” luahnya. -AFP

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)