Vaksin Ni Tuhan Ke? Nak Masuk Masjid, Mall Nak Kena 2 Dos Dulu, Tanya Shuhaimi Saad

Anonymous
0

 


Sebut saja nama penyanyi Suhaimi Saad pasti ramai tahu bahawa bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu pernah mencetuskan kontr0versi kerana pendirian anti vaksiin dan pernah membuang ubat hospital.


Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram, Suhaimi mempersoalkan adakah vaksiin ini Tuhan sehinggakan untuk masuk ke masjid memerlukan dua dos vaksiin.


“Vaksiin ni Tuhan ke apa? Nampak macam lebih besar pulak dari MyKad dan syahadah. Nak masuk masjid, haji umrah, mall, kedai makan, semua nak kena dua dos dulu,” katanya.


Dalam pada itu, Suhaimi turut bertanyakan prosedur operasi standard (SOP) milik siapa dan turut disertakan dengan hashtag dajjaI.


Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Suhaimi memuat naik status bahawa vaksiin tidak diwajibkan, namun segala aktiviti seperti ke masjid memerlukan dua dos vaksiin.


Jelasnya lagi, dia percaya kepada kekuasaan Allah dan tidak akan patuh kepada kerajaan yang zaIiim. Katanya lagi, dia tidak kisah jika tidak dibenarkan melakukan apa sahaja yang memerlukan dua dos vaksiin.


“Tak wajibkan vaksiin, tapi itu tak boleh ini tak boleh. Rentas negeri tak boleh, haji umrah tak boleh, solat jumaat tak boleh, semua kena dua dos dulu. Ada aku kisah,” katanya.

Sumber : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)