Aliff Syukri stress rumah nak dijual bawah harga pasaran RM6 juta tapi tiada orang sanggup beli

Anonymous
0

 


Jika anda masih ingat, usahawan kosmetik berstatus jutawan iaitu Datuk Seri Aliff Syukri pernah memuat naik di media sosial hajatnya untuk menjual sebuah rumah miliknya yang berada di Pavilion, Kuala Lumpur.


Namun selepas sudah setahun diiklan rumah tersebut masih belum berjaya menarik minat pembeli untuk membelinya.


Baru-baru ini, usahawan kosmetik berjaya itu ada meluahkan perasaan tertekan apabila rumahnya itu masih belum terjual. Ujarnya, rumah tersebut dijual pada harga RM6 juta lebih rendah daripada harga pasaran.



“Menunggu pembeli rumah ini yang tidak kunjung tiba. Last-last saya je duduk sini. Saya dah jual murah RM6 juta jer sebab harga market value adalah RM6.5 juta,” tulisnya.


Kata Aliff lagi, mungkin faktor utama rumah tersebut sukar untuk terjual berpunca daripada pandemik melanda negara, apatah lagi semua pusat beli belah masih lagi ditutup.


“Tak tahu apa masalah masih tak ada pembeli sekarang ni musim C0vid-19 nak shopping semua tutup kedai. Kalau siapa nak beli boleh hubungi manager saya,” katanya.


Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju pandemik menjadi punca jualan rumah tidak mendapat sambutan. Tidak kurang juga ada yang beranggapan ayat digunakan Aliff seolah nilai RM6 juta itu adalah jumlah yang kecil.



Sumber : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)