Bunga pun dibuang, apatah lagi cincin, kata Farid Kamil

0

 


"Bunga pun dibuang, apatah lagi cincin. Saya beli cincin pada tahun ini untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ke-11," kata pelakon, Farid Kamil sambil menunjukkan sebentuk cincin emas yang dibeli untuk isterinya, Diana Danielle bagi menyelamatkan perkahwinan mereka yang kini dilanda badai.


Farid yang ditemui selepas proses pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan krisis rumah tangga mereka meluahkan rasa kesal apabila usaha memujuk Diana gagal.


"Demi menyelamatkan rumah tangga, saya berusaha balik untuk mendapatkan semua cincin-cincin ini. Tak adalah mahal sangat, tapi cukuplah," katanya ringkas ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini.




Terdahulu, usaha Farid untuk menambat hati isterinya, Diana dengan membawa sebentuk cincin emas dan sejambak mawar merah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, tidak berjaya apabila Diana tidak melayannya.


Diana bukan saja tidak mengambil cincin itu, malah bunga yang dibawa Farid hanya dibiarkan di atas kerusi di ruang menunggu.




Lebih mengejutkan, selepas pelantikan wakil Farid dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP), turut berlaku sedikit kekecohan di ruang menunggu luar pintu Dewan Bicara Mahkamah Rendah Syariah.


Farid dilihat cuba menjelaskan sesuatu dan seolah-olah seperti memujuk Diana sambil disaksikan peguam kedua-dua belah pihak, namun ketika Farid cuba memeluknya, Diana terus menepis dan beredar.

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)