Tak sampai 2 jam dibuka jualan, Album Abbey Road Sissy Imann habis dijual

0

 


Bapa Sissy Imann, Mohammad Kamil Mustaffa, 59, mengesahkan bahwa album pertamanya yang direkodkan di Studio Abbey Road, London tahun lalu, terjual habis dalam kurang dari dua jam, baru-baru ini.


Mohammed Kamil berkata, walaupun anaknya lebih dahulu membuat pengumuman untuk menjual album dengan harga RM20 melalui Instagram, kebanyakan pembeli sanggup membayar harga yang sepatutnya untuk memilikinya.


"Album buah tangan pertama Sissy ini dicetak sebanyak 1,000 unit saja dan saya tak sangka ia mendapat sambutan baik daripada pembeli dengan kurang dua jam 'link' (pautan) dibuka, ia (album) sudah pun habis terjual.




"Rata-rata yang membeli itu daripada pelbagai latar kerjaya dan peringkat usia, termasuk kebanyakan mereka adalah 'collector' (pengumpul) cakera padat," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Mohammad Kamil, walaupun tidak meraih keuntungan jualan album yang menelan perbelanjaan besar untuk dihasilkan itu, dia tetap bersyukur dan melihat positif pada rezeki yang ditetapkan Allah.


"Penghasilan album ini di Studio Abbey Road, London sudah sangat bermakna buat Sissy. Ia dianggap pencapaian terbesar buat dirinya yang diimpikan selama ini. Jadi, tak apalah asalkan dia gembira dan terus bersemangat untuk bekerja dalam bidang muzik.


"Sebagai bapa, saya akan sentiasa terus menyokong apa saja yang ingin lakukan anak-anak, walaupun Sissy mengambil masa 10 tahun dalam industri untuk berjaya menghasilkan album ini dengan wang hasil titik peluh dikumpul sendiri daripada pelbagai cabang seni diceburi," katanya.




Sebelum ini, Sissy mengalami kontroversi setelah menangis di pentas Famili Duo di TV3 pada minggu keenam, kerana persembahan bersama sepupunya, Naim Daniel dikritik keras oleh juri tetap, Mas Idayu.


Sissy didakwa berkurung di bilik dan hanya keluar untuk makan selepas menerima kritikan keras dari Mas Idayu, yang menjadi perbualan hangat di media sosial dan mendapat perhatian ramai.


Namun, pada persembahan Famili Duo semalam, persembahan Naim dan Sissy berjaya membawanya bersaing di pentas akhir bersama tiga pasangan lain, iaitu adik-beradik Ayda Jebat dan Fyna Jebat, adik-beradik Zaki Yamani dan Yamani Abdillah, dan sepupu Bella Astillah dan Wanie Kayrie.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)