Suami sibuk main enset di meja, netizen sebak lihat Fatin Afeefa terpaksa ambil makanan sendiri

0

 



Bila dah jadi public figure, pasti apa saja yang dibuat akan menarik perhatian netizen. Mungkin itulah yang sedang dihadapi oleh pasangan pengantin baru, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai.


Baru-baru ini, tular video dikongsikan semula seorang pengguna TikTok @yoursbabe_11 memaparkan aktres cantik itu berada di sebuah majlis.


Perakam video itu dilihat menegur Fatin yang ketika itu sedang mengambil makanan sedangkan suaminya, duduk di meja makan.




Walau bagaimanapun, pelakon itu kelihatan tersenyum sahaja dan menganggap perkara itu bukanlah masalah untuk  serta tak kisah melayan suaminya sendiri.


Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan ia bukanlah isu besar kerana tidak salah isteri mengambil makanan sendiri dan melayan suami.




Namun, ada yang juga kasihan melihat Fatin mengambil makanan sendiri serta ada yang memerli dengan mengatakan suami mereka bukan ‘alpha’ namun mengambilkan makanan untuk isteri.


Apa-apa pun terpulang kepada masing-masing dan ia bukanlah satu isu besar kerana melayan suami dengan baik juga dapat menambah pahala isteri.


Boleh jadi ketika itu, suami kepada Fatin Afeefa sedang sibuk dan perlu menguruskan hal penting.


Sumber: TikTok @yoursbabe_11 via Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)