Peniaga burger letak vape di mulut bayi 6 bulan direman

encik gotenks
0

Peniaga burger yang meletakkan alat menghiisap vape di mulut bayi perempuan berusia enam bulan, direman selama lima hari, bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspeek, 23, dikeluarkan Majistret R Salini di Mahkamah Majistret di sini.

Suspeek sebelum itu tiba di pekarangan mahkamah pada 8.30 pagi.

Semalam, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, suspeek ditahan polis ketika dipanggil untuk memberi keterangan pada 12.45 tengah hari.

Polis menerima laporan kejadian oleh ibu bayi berkenaan, Sabtu lalu.

Kes disiasat mengikut Sesyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Dalam video tular berdurasi 16 saat, kelihatan lelaki meletakkan vape di mulut bayi itu sambil ketawa kecil selain turut kedengaran suara wanita seolah terhibur dengan tindakan lelaki terbabit.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)