Header Ads

Dikecam sebab pilih status kerakyatan British untuk anaknya, ini jawapan panas Dr Amalina Bakri

Baru-baru ini, nama doktor pakar beedah, Dr. Amalina Che Bakri menjadi perbualan hangat selepas kenyataannya memilih status kewarganegaraan British kepada anaknya disalahertikan.

Susulan itu, difahamkan Dr. Amalina menerima tohmahan dan kritikan segelintir netizen yang memandang serong terhadap kenyataan yang dimuat naik menerusi hantaran di Instagram Stories baru-baru ini.

“Apakah kewarganegaraan yang akan dipegang oleh anak anda, kewarganegaraan British atau dwi kewarganegaraan?” tulis netizen berkenaan.

Membalas persoalan tersebut, Dr. Amalina mendedahkan anak-anaknya akan memilih kewarganegaraan British.

“Anak-anak kami akan menjadi British,” jawabnya dengan santai.

Menyedari perkara terbabit digembar-gemburkan, Dr. Amalina tampil menjelaskan maksud jawapannya itu dan ia dimuat naik menerusi sebuah entri terbaru di Instagram.

Dr. Amalina berkata sudah tentu dia menyukai sekiranya anaknya memilih kewarganegaraan Malaysia, namun ada beberapa kekangan yang menghalangnya untuk bersalin di tanah air.

“Sudah tentu saya ingin anak-anak saya menjadi rakyat Malaysia, tetapi suami saya adalah warga British dan kami bekerja dan menetap di United Kingdom (UK).

“Disebabkan komitmen saya di sini, saya tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin. Saya kini sedang sarat hamil (trimester trimester) dan masih bekerja. Mengambil penerbangan jarak jauh dan cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk kami dan bayi.

“Ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami sekeluarga dan ini pilihan kami,” jelasnya.

Tambahnya lagi, Dr. Amalina berkata dia akan membesarkan anak-anaknya dengan memahami nilai-nilai murni terkandung baik di Malaysia, UK dan paling utama agama Islam.

“Walaupun tinggal di UK dan kewarganegaraan British, anak-anak kami akan tetap berdaarah kacukan Melayu. Percampuran dua budaya akan memberikan mereka kehidupan yang berwarna-warni.

“Saya akan membesarkan mereka untuk memahami nilai-nilai Malaysia dan Islam, serta mempelajari Bahasa Melayu. Pada akhirnya, tidak kira di mana mereka tinggal atau passport negara mana yang mereka ada, yang penting mereka adalah insan yang mempunyai nilai moral yang baik di mana boleh menyumbang kepada kemanusiaan,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Dr. Amalina turut menjelaskan kepada segelintir individu yang tidak henti melemparkan fitnah kepadanya dengan berkata tujuannya memilih untuk menetap di UK bukan perkara yang tidak berfaedah semata-mata.

“Saya bekerja, menyambung kepakaran dan membuat PhD supaya menjadi pakar terbaik dalam bidang saya. PhD saya ditaja oleh geran NIHR UK dan saya memenangi fellowship daripada Imperial College London atas usaha saya sendiri.

“Specialist training saya dibayar oleh duit cukai rakyat UK setelah bersaing dengan beribu rakyat UK dan international graduates untuk mendapat tempat dalam program ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Dr. Amalina mendirikan rumah tangga besama pilihan hatinya, Alexander Charles pada 31 Mac 2021 di London.

Sumber: Instagram Dr. Amalina

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : xtraa

No comments:

Powered by Blogger.