Mustahil nak buat babak kahwin dengan jarak empat meter, kata Michael Ang

encik gotenks
0

Baru-baru ini viral satu rakaman adegan mesra melibatkan pelakon Emma Maembong dan Shah Jaszle yang dilihat terlebih 'mesra' ketika menjalani penggambaran drama berjudul Mati Pucuk.

Aksi mesra mereka mengundang kecaman netizen apatah lagi kedua-dua pelakon itu sudah mendirikan rumah tangga dan sepatutnya mengetahui batas meskipun sekadar berlakon.

Pengarahnya, Michael Ang ketika dihubungi mStar enggan mengulas mengenai isu tersebut memandangkan dia sendiri tidak mengetahui tentang penularan video berkenaan.

"Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini sebab tidak tahu apa-apa malah tidak lihat sebarang video seperti diperkatakan," katanya.

Bagaimanapun, Michael menjelaskan Emma dan Shah mengenakan busana pengantin bagi menjayakan salah satu babak perkahwinan dalam drama berkenaan.

Jelasnya, bagi menjayakan babak berkenaan watak yang dilakonkan mereka perlu dilihat mesra kerana baharu berkahwin.

"Memang mereka ketika itu sedang menjalani penggambaran babak sesi fotografi perkahwinan.

"Mustahil kita hendak lakukan babak perkahwinan dengan mengenakan jarak empat meter," jelasnya.

Sementara itu, Michael turut enggan mengulas lanjut mengenai pertikaian warganet berhubung keperluan kedua-dua pelakon itu beraksi melampaui batas memandangkan mereka sudah berkahwin.

"Saya tidak tahu apa-apa, kalau ada video itu mereka rekod sendiri, tiada kena mengena dengan saya. Sekiranya tak mahu lihat, tonton siaran TV Al-Hijrah," ujarnya.

Sebelum ini tular video menunjukkan Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 30, berpelukan dengan Shah dan rakaman itu dimuat naik sendiri oleh aktor itu menerusi akaun laman sosialnya.

Tidak terhenti disitu, muncul pula video di TikTok yang mendakwa Emma menepuk punggung Shah atau atau Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 34 selain berpelukan mesra.

Perkara tersebut tentu sahaja menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan peminat yang mengkritik perbuatan itu sebagai tidak seharusnya berlaku..

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)