"Anak dara pun kalah" - Ramai tidak percaya lihat penampilan terbaru Datin Seri Zizie Izette

encik gotenks
0

Rasanya sudah agak lama tidak melihat penampilan pelakon berbakat besar, Zizie Izette yang telah dilihat kurang tampil di kaca tv selepas menjadi isteri kepada seorang ahli politik.

Namun perkongsian Datin Seri Zizie Izette menerusi akaun instagramnya telah menarik perhatian ramai netizen.

Masakan tidak, pelakon cantik ini dilihat memuat naik foto terbarunya memakai baju dan seluar senada warna ungu terang dilihat semakin kurus dan menawan.

Turut disertakan kapsyen, dimana Zizie memberitahu dia tidak tahu untuk memuat naik foto yang mana satu di Instagram.

Perkongsian Zizie itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis serta netizen yang memuji perubahan pelakon itu.

Malah, ada yang mengatakan Zizie persis anak dara serta seperti gadis muda remaja yang baru habis SPM.

Tidak kurang juga, ada segelintir netizen yang meminta tips daripada Zizie tips dan rahsia untuk tampil langsing.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)