Janganlah kita jadi suami yang perlukan isteri bila perlu sahaja, kata Ustaz Ebit lew

encik gotenks
0

Tadi semasa di Kuantan, seorang lelaki jumpa saya dan kata, “Saya tak fahamlah wanita ni, ustaz. Dan saya dah tak nak faham. Saya nak berpisah dah sebab kami tak sehaluan.”

Cuba abang tulis kebaikan isteri abang…

“Saya tak tahulah ustaz, saya dah tak nampak baik dia. Saya pun penat.”

Biar saya bagitahu abang sebuah kisah. Kisah ni realiti yang berlaku. Bila kita suami sakit. Demam. Pening. Kita mengadu pada siapa? Isterikan. Saya tengah malam kadang saakit. Isteri tolong urutkan. Buatkan air panas. Risau. Carikan apa-apa ubat. Layan saakit kita. Dia bagi kita rehat.

Tapi isteri saakit, pening, migrain, saakit perut, susah. Dia mengadu pada siapa? Tiada siapa abang. Suami? Banyak tak nak dengar. Paling-paling tanya teruk ke? Pergilah klinik. Ala sikit jer. Kadang mengadu saakit kena marah lagi.

Jika sebuah keluarga semuanya saakit demam. Kita suami demam. Isteri demam. Anak demam. Sape yang jadi kuat dan akan macam sihat? Isteri…mereka sayang dan risau yang lain terlupa dia pun demam dan saakit.

Mereka tiada tempat mengadu. Kawan pun terhad. Mereka seorang diri cuma luah dengan air mata seorang diri. Biasanya.

24 jam urus semua tanpa rehat. Bersuami tapi tak boleh berbual. Tak nak dengar. Dahlah takde kawan-kawan. Takde sesiapa. Jika suami tak sudi nak dengar, siapa lagi teman untuk berbual dan bercerita. Sedih bila fikir cuma diperlukan baru dipandang. Akhirnya bawa sedih dan duka seorang diri.

Begitulah mak kita. Begitulah isteri kita, abang. Siapa nak bimbing mereka kalau bukan kita. Kita boleh mengorat dia siang malam masa kita nak. Takkan tak boleh mengorat mereka sekali lagi untuk pimpin mereka masuk syurga?

Susah ke abang?

Abang tadi menangis. Saya pun sebak. Sebab masa ceramah di smart sekolah yang saya cintai. Saya teringat mak saya. Teringat guru dan mak yang banyak nasihat saya. Banyak wanita. Semua Nabi-Nabi lelaki. Tetapi yang melahirkan semua Nabi ialah wanita. Berilah masa. Fahamilah mereka. Dengarilah mereka. Air mata isteri kita mahal. Al-Quran dan Sunnah Nabi saw ubat rumahtangga hari ini. Berilah masa belajar iman. Hidupkan Ta’lim rumah..

Baik ustaz. Terima kasih. Baru saya faham kenapa ustaz amat cintakan wanita.

Rasulullah saw sendiri orang paling hargai keluarga. Kita semua sama. Yang bezakan kita disisi Allah ialah takwa. Kemuncak takwa ialah akhlak yang baik. Kemuncak akhlak yang baik ialah buat baik terhadap isteri..

Sumber: Ebit Lew

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Nona

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)