Saya teringin sangat hamiI, tapi suami belum bersedia lagi, kata Lizzy

encik gotenks
0

Penyanyi dan pelakon sensasi, Elizabeth Tan, 29, mendedahkan dirinya dan suami, Dr Siew Jim Ding, 31, kini sudah bersedia menimang cahaya mata pertama.

Elizabeth atau nama sebenarnya, Elizabeth Tan Su Mei berkata, tempoh percubaan untuk hamil dirancang, bulan lalu, tetapi terpaksa dianjak sehingga Oktober depan disebabkan kesibukan kerja.

"Sebenarnya, saya mengambil ubat perancang kehamilan selama dua tahun. Saya mengambilnya selepas selesai penggambaran filem Abang Long Fadil 3.

"Namun, saya cuba nak hamil, sekitar hujung tahun ini. Jika diikutkan, saya sudah merancang kehamilan, Julai lalu tetapi banyak pula 'job' masuk.

"Jadi, terpaksalah dianjak ke bulan seterusnya. Tetapi, disebabkan jadual kerja semakin padat, rancangan cuba mendapatkan cahaya mata dianjak sekali lagi sehingga Oktober," katanya kepada BH Online.

Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy, sukar untuk memutuskan sama ada ingin menimang cahaya mata atau tidak, memandangkan suami tidak bersedia memiliki anak disebabkan kepadatan jadual kerja.

"Saya tahu perlu mengorbankan sebahagian besar kerjaya jika ingin bergelar ibu.

"Selepas jadi ibu, watak diberikan mungkin berbeza atau semakin berkurangan. Jadi, saya mengambil masa setahun untuk melakukan persediaan mental.

"Tambah pula, saya menginjak usia 30 tahun pada tahun depan. Doktor sudah menasihatkan saya hamil sebelum usia 35 tahun bagi mengelakkan bayi mengalami komplikasi seperti autiisme.

"Jadi, saya mahu cuba hamil, penghujung tahun ini," katanya yang juga menginginkan anak perempuan.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Berita Harian

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)