Dakwaan pesakit tunggu lama di wad kecemasan tidak benar, kata Timbalan Menteri Kesihatan

encik gotenks
0

Dakwaan pesaakit terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan rawatan di wad kecemasan hospital kerajaan adalah tidak benar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak sewenang-wenangnya membiarkan pesaakit menunggu lama di bahagian kecemasan bagi mendapatkan rawatan sebaliknya perkara yang berlaku disebabkan beberapa faktor.

Menurutnya antara faktor yang menyumbang kepada masalah itu disebabkan peningkatan kes C0vid-19 dan ditambah dengan peningkatan kes infIuenza dan penyaakit kaki tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang turut dirujuk ke bahagian kecemasan.

"Memang berlaku kesesakan di hospital kerajaan disebabkan faktor-faktor berkenaan namun keadaannya masih terkawal.

"Antara langkah yang kita ambil pada masa kini bagi mengelakkan perkara itu berlarutan ialah memanjangkan waktu operasi sehingga malam di klinik kesihatan tertentu termasuk hospital.

"Selain itu bagi pesaakit yang tidak kecemasan kita nasihatkan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan klinik berhampiran bagi mengelakkan kesesakan di hospital," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Perak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Azmi berkata susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi kerana dapat meningkat sistem imunisasi tubuh disamping dapat mengurangkan risiko penyakiit berjangkiit seperti HFMD, viirus, bakteria dan sebagainya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)