Tanggungjawab Jaga ibubapa SAKlT, siapa yang wajib sebenarnya? Anak lelaki atau perempuan?

encik gotenks
0

Semasa kita kecil, kita dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh ibubapa kita.Mereka sanggup berjaga malam kerana tidak mahu ada seekor nyampuk pun yang datang kacau anaknya dan juga sanggup berk0rban apa saja demi membesarkan anak-anaknya sampai sanggup mengabaikan kehendak diri.

Sudah menjadi tanggungjawab kita pula untuk membalas budi dan menjaga orang tua kita apabila sudah dewasa kelak.Tapi satu persoalan yang selalu menjadi pendebatan netizen, siapakah yang wajib menjaga ibubapa jika mereka saklt? Adakah anak lelaki atau perempuan? Atau kedua-duanya sekali?

Ustazah Noor Laila Aniza Bt. Zakaria ada jawapan untuk persoalan diatas untuk untuk permahaman bersama dalam hal kewajiban sebenar menjaga ibu bapa yang saklt. Jadi tidak akan berlaku, sama ada anak lelaki atau anak perempuan hatta menantu sekali pun bertelagah dalam soal menjaga ibu dan ayah yang telah tua.

SIAPA YG WAJIB MENJAGA BILA IBU BAPA SAKlT?

BISMILLAH…

Hukum berbuat baik anak2 terhadap ibu bapa samada ibu bapa kandung/mertua/angkat/tiri/susuan adalah terletak di atas bahu anak2 perempuan dan anak2 lelaki.

Ada pun hukum menjaga ibu bapa yg saklt yakni ibu bapa kandung adalah terletak atas bahu anak2 perempuan dan anak2 lelaki.Tidak ada sesiapa yg terlepas sekalipun perempuan itu telah berkahwin,maka jika saklt,semua anak2 bertanggungjawab berbakti pada ibu ayah yg melahirkannya samada dia anak perempuan atau anak lelaki,telah berkahwin atau pun belum.

Bukan anak lelaki sahaja perlu dipertanggungjawabkan dan tidak benar anak perempuan terlepas dari menjaga ibu bapa yg saklt. Disebabkan anak lelaki sahaja yg disebut ‘wajib’ menjaga ibu ayah yg saklt,maka tugasan itu seterusnya diserahkan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya.Ini sama sekali tidak benar.

Seandainya yg saklt itu ialah ibu bapa kandung isteri,maka isteri berhajat menjaganya,suami tidak boleh menghalang,bahkan suami tersebut perlu sama membantu dan menyediakan kemudahan untuk sama2 menjaga.

Hal ini kerana apabila seorang perempuan berkahwin ,dirinya dan segala yg dibawanya adalah di bawah tanggungjawab suaminya termasuk nafkah ibu bapa isteri( jika mereka org susah/ perubatan) perlu ditanggung menantu lelaki tadi menurut kemampuannya.

Justeru tidaklah perlu dikhuatiri ibu bapa yg ada anak2 perempuan sahaja,maka anak2 perempuan tadi akan ikut suami lalu ibu bapa yg tua ini akan terabai.Kerana menantu lelaki tadi wajib bertanggungjawab penuh atas kedua ibu bapa isterinya.Di sinilah pembelaan Allah terhadap semua ibu bapa dan tidak terkecuali samada ia ibu bapa kandung atau pun ibu bapa mertua.

Setiap anak sama2 semua membantu tetapi bantuan itu tak semestinya sama.Ada yg terlebih senang,maka berilah lebih.Ada adik beradik yg susah ,jgn ditambah susah mereka.

Begitu juga tugas menjaga ibu bapa yg saklt.Ada yg senang wang ringgit,tapi masa dan komitmennya tinggi,berjauhan,maka yg kurang komitmen atau berdekatan ibu ayah,bolehlah menjaga org tua yg saklt dan yg berjauhan tetap boleh menjenguk dan berbakti mengambil alih bila pulang bercuti/ dibawa ibu ayah tinggal bersama melihat kepada kesesuaian dan kesanggupan( ada ibu ayah yg x mahu tinggalkan rumah mereka )

Jika suami menghalang isteri menjaga ibu bapanya yg saklt,bermakna suami telah memerintahkan isteri berbuat maksiat yakni memutuskan hubungan ibu ayah dan anak dan hukumnya haram.Bahkan suami sendiri telah berbuat maksiat kerana tidak berbuat baik pada ibu bapa mertuanya.

Begitu juga isteri yg menghalang suami menjaga ibu bapanya yg saklt,maka hukumnya haram dan isteri tersebut berbuat d0sa.

Ada pun untuk menantu perempuan,tidak diwajibkan menjaga ibu bapa suami yg saklt.Bahkan suami yg wajib menjaganya.Boleh berbincang dgn isteri jika dia mampu membantu dan beri upah kepada isteri menjaga ibu bapa yg saklt bagi pihak suami hatta jika isterinya suri rumah sekalipun.

Upah ini dgn kata lain,duit lebih untuk isteri yg mana wajib diberikan upah jika suami memerintahkan isteri berbuat demikian melainkan isteri redho dan berlapang dada.

Atau jika suami mampu,maka sediakan pembantu meringankan tugasan isteri(saudara mara/ adik beradik yg lain sentiasa dtg membantu juga dikira sebagai pembantu).Jgnlah kita melabel menantu yg menolak menjaga ibu bapa mertuanya yg saklt adalah menantu yg tidak baik,tetapi inilah hukum asasnya di sisi Allah.

Adapun jika isteri tadi sedia menjaga menantunya yg saklt,maka pahala besar buatnya di atas kesabarannya yg tinggi.Jgn pula dima.rah2 isteri jika dia penat,dan jangan pula diarah itu ini ,diher.dik sesuka hati dan terus meletakkan isteri tadi dalam teka.nan emo.si.

Justeru berlemah lembutlah dgn isteri,lihatlah kemampuan isteri,bertanyalah kesediaanya dgn penuh hikmah ,sediakanlah segala keperluan ,jgnlah berkira dgnnya dan hargailah bantuannya.Janganlah hanya tahu memerintah isteri sedangkan perintah itu membebankan tanpa ada sifat belas dan tolak ansur.Begitu juga dgn anak2 perempuan yg lain wajib sama2 turut serta menjaga ibu kandung yg saklt.

Adalah sgt pelik untuk kita tidak mahu menjaga ibu bapa kita yg telah tua apatah lagi jika mereka saklt.Amatlah pelik juga jika ada suami yg menghalang untuk isteri memberi belanja kepada ibu bapa isteri dgn alasan duit itu perlu disimpan untuk bantu suami.Atau suami yg kedekut dgn ibu bapa mertuanya dan berkira2 menjaga ketika ibu bapa mertua itu saklt.

Kerana hiraki membezakan ibu bapa kandung dan ibu bapa mertua ini ( tanpa dalil yg sahih dari Quran/ Nabi ), kita telah menjadi pecah belah dan bertelagah,berkira2,cemburu serta meragut sifat kasih syg mukmin yg sebenar.

Semuanya bergantung kepada muafakat dan jgnlah kita berbuat hukum bukan2 kerana adat dan tradisi tetapi jgnlah kita mudah melabel seseorang itu salah.

Apabila kita diuji dgn menjaga ibu bapa yg saklt perlulah persiapan mental dan emosi yg rapi, keperluan2 dan tempat tidur yg selesa.Jangan sekadar mahu menjaga,tetapi keselesaan tidak diberi ,malah setiap hari pelbagai hamburan kita keluarkan kepada ibu dan bapa yg saklt

kupasan perbincangan ini panjang.Perlulah berguru dan faham sehabis baik dan jgn sebarkan hanya dengan sepatah dua penerangan.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)