Lelaki 'pemaIas' target guru dan nurse untuk dijadikan isteri, kata pengguna FB

encik gotenks
0

Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanyalah sekadar hiasan semata-mata.

Seorang pengguna facebook, tuan Harith Faisal baru-baru ini ada berkongsikan pengalaman seorang kawannya yang telah memujuk isterinya yang merupakan kakitangan kerajaan untuk membuat pinjaman peribadi selepas mereka berkahwin.

Menurut perkongsian itu lagi, rakannya telah membuat pinjaman untuk modal perniagaannya namun peniagaannya itu tidak menjadi dan tidak sempat bayar hutang isterinya meninggal dunia.

Ujar rakannya, kematlan isterinya sangat menguntungkan kerana pinjaman peribadi tersebut tidak perlu dibayar kerana dilindungi Takaful. Lebih mengejutkan, selepas kematian isterinya, dia merancang untuk berkahwin lagi dengan penjawat awam.

Tengah target nak kahwin penjawat awam lagi

“Aku ada kawan yang arwah isteri dia dulu penjawat awam. Lepas kahwin, dia pujuk isteri dia buat personal loan sampai max untuk modal bisnes. Tolak di payslip. Malangnya, bisnes tak menjadi. Modal hangus.”

“Okay. Then?”

“Tak sempat habis bayar hutang tu, isteri dia meninggal. Dia kata, untung juga macam tu. Personal loan tu terus langsai sebab ia dilindungi takaful. Sekarang dia tengah target untuk kahwin dengan penjawat awam lagi.”

Jangan dice.raikan pula isteri baru dia tu lepas dapat duit personal loan. Lepas ce.rai, bekas isteri tetap kena bayar hutang personal loan tu setiap bulan sebab memang tolak kat payslip, kan.

Harith turut berkongsikan satu lagi cerita dimana seorang ibu tunggal mempunyai hutang pinjaman peribadi ratusan ribu ringgit gara-gara bekas suaminya menggunakan namanya untuk perniagaan namun tidak berjaya. Mereka kemudian berce.rai dengan alasan tidak lagi sehaluan.

Harith berkata lagi, ‘lelaki-lelaki’ ini mensasarkan gadis dikalangan cikgu atau pun jururawat. Menurut seorang bekas pekerja bank, golongan cikgu dan jururawat paling ramai membuat pinjaman peribadi.

Lebih mengejutkan, ketika pinjaman dibuat si suami akan ikut bersama dan meminta isteri untuk membuat pinjaman maksimum selagi boleh.

Lelaki spesis ni akan target cikgu atau nurse

Saya sendiri pernah jumpa single mom yang berhutang personal loan berpuluh, beratus ribu. Pun sama, bekas suami guna untuk bisnes, bisnes melingkup. Lalu dice.raikan dengan alasan dah tak sehaluan.

Biasanya spesis lelaki macam ni akan target cikgu atau nurse. Seorang bekas banker ada bagitau saya yang memang cikgu dan nurse lah profesion yang biasa akan apply max personal loan.

Masa apply tu pasangan dorang ikut sekali. Disuruhnya apply max selagi boleh. Bekas banker tu kata, dia berhenti kerja pun sebab tak sanggup nak hadap situasi macam tu.

Malah bekas pekerja bank itu juga mendedahkan ramai penjawat awam mempunyai gaji kasar beribu-ribu ringgit tetapi gaji bersih berbaki ratusan saja disebabkan hutang.

Gaji beribu tapi baki tinggal berapa ratus je sebab hutang

Rasa serba salah kot. Dia share lagi, memang ramai je penjawat awam gaji kasar ribu-ribu, tapi gaji bersih dalam payslip tinggal baki ratus-ratus saja sebab hutang santak sampai habis.

Jadi, kepada penjawat awam yang single-single tu, berhati-hati pilih pasangan hidup. Jangan naif sangat sampai sanggup kena tipu hidup-hidup. Disangka kahwin dengan lelaki, rupanya dia biawak jantan tak guna. – HF

Dalam pada itu, Harith turut menasihatkan kepada gadis yang bekerja di sektor kerajaan supaya berhati-hati dalam memilih pasangan bimbang berkahwin dengan lelaki biawak hidup.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : persona pengantin

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)