"Anak dah besar tapi mak maintain cantik macam remaja" - 13 tahun berlalu tapi kekal cantik, netizen mahu Nora Danish kongsikan rahsia

encik gotenks
0

Perkara normal apabila semakin meningkat usia wajah kita juga akan berubah seiring dengan pertambahan usia.Namun itu tidak bagi pelakon cantik yang tidak dimamah dek usia ini, Nora Danish kelihatan masih sama seperti dulu malah kelihatan makin jelita.

Baru-baru ini pelakon yang popular menerusi drama Puteri ini telah berkongsikan satu gambar throwback di instagramnya berkongsikan dirinya bersama dengan anak pertamanya iaitu Putra Rayqal yang mana sewaktu gambar itu diambil dia baru berusia 27 tahun.

Namun selepas 13 tahun wajah Nora dilihat tidak jauh beza seperti dulu masih kelihatan makin cantik dan bertambah jelita! Mesti ramai yang cemburu dengan kecantikannya bukan?

Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizen kagum dan turut memuji kecantikan pelakon cantik itu.

Menerusi perkongsian dari blog DNQ, ramai netizen yang rata-rata peminat Nora Danish turut meminta jasa baik selebriti itu untuk berkongsikan ‘tutorial makeup’ smokey eyes yang digayakan olehnya pada 12 tahun lalu.

Nampaknya Nora ni betul-betul awet muda, apa lah agaknya rahsia Nora maintain cantik ya?

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : instagram Nora Danish

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)