Header Ads

Syak ianya perbuatan orang dalam, kontraktor kesal dan terkejut identitinya sebagai pemberi maklumat terbongkar

Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan

Seorang kontraktor kecewa apabila identitinya sebagai pemberi maklumat kes penyelewengan diesel bersubsidi di sekitar daerah ini terbongkar.

K Balasubramabiam, 44, yang lebih dikenali sebagai 'Anbin Bala' mendakwa, perkara itu disedari apabila rakan-rakannya bertanyakan mengenai aduannya itu.

"Pada 1 Julai lalu, saya telah menghantar e-mel kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkenaan isu tersebut yang berlaku di kawasan Bukit Pelandok di sini.

"Tapi malangnya maklumat email saya itu terbongkar menyebabkan saya rasa bimbang akan keselamatan diri dan keluarga kerana membuat pendedahan tersebut," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sebuah restoran di sini pada Rabu.

Beliau mengesyaki ia adalah perbuatan 'orang dalam' dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Menurut Anbin Bala, tujuannya membuat pendedahan kes itu bukan bermotifkan politik atau ada kepentingan peribadi sebaliknya demi kepentingan rakyat.

"Lagipun pihak KPDNHEP juga menguar-uarkan maklumat daripada orang awam dan saya terpanggil untuk membantu memastikan kegiatan sebegini dapat dibanteras.

"Saya pun tidak puas hati dengan KPDNHEP Negeri Sembilan kerana mereka tidak memanggil saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan pendedahan diberi sedangkan saya bersedia memberi kerjasama penuh," katanya.

‌Anbin Bala mendakwa, terdapat sekurang-kurangnya 20 hingga 25 stor haram disyaki dijadikan tempat kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi di sekitar Port Dickson.

Jelasnya, maklumat itu diperolehi berdasarkan pemerhatian dan aduan diterima daripada masyarakat setempat.

"Ramai kenal saya sebagai seorang aktivis masyarakat dan sebab itu mereka laporkan kepada saya mengenai penyelewengan yang berlaku.

"Mereka nak buat aduan secara terbuka, mereka takuut," katanya.

Beliau mendakwa, kemungkinan wujud unsur rasuuah dalam KPDNHEP menyebabkan kes sebegitu boleh berlaku.

Tambahnya, sesiapa saja termasuk pengusaha stesen minyak boleh rasa curiga melihat lori tanpa logo mengisi minyak dalam kuantiti yang banyak dan ia sepatutnya boleh dikesan lebih awal.

"Jadi saya minta pihak bertanggungjawab supaya jujur dalam melakukan siasatan dan tindakan," katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Sinar Harian

No comments:

Powered by Blogger.