Header Ads

Sukar untuk saya maafkan perbuatan Shuk, kata Sera

Selepas lima tahun berdepan isu kecurangan, akhirnya konflik rumah tangga pelawak dan pengacara, Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera bakal berpenghujung.

Biarpun segala-galanya masih tinggal tanda tanya, belum ada pengesahan pasti daripada Shuk mahupun Sera, namun, perkongsian Shuk ketika berada di mahkamah syariah bersama peguam memberi bayangan rumah tangga mereka sudah tidak mampu diselamatkan lagi.

Menerusi sebuah program hiburan, Sera pula menjelaskan, ikatannya dengan Shuk sudah menemui noktah apabila mereka mengambil keputusan terbaik untuk kebaikan bersama.

Malah, Sera mendedahkan memfailkan perceraian pada November, tahun lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Sera berkata, dia dan Shuk masih berhubung, tetapi hanya kerana anak-anak sahaja.

"Kami sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Saya akui, sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan Shuk lagi kerana itu hanya akan menyakiiti diri sendiri.

"Bagaimana saya hendak membahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Cukuplah sampai di sini sahaja, mungkin saya tidak mampu membahagiakannya.

"Jadi, kata sepatah juga sudah diambil untuk kebaikan bersama. Kami ada wakil peguam, kini segala urusan membabitkan peguam.

"Diakui, kami sedang mencari keputusan dan kata sepakat terbaik demi masa depan. Bagaimana pengakhirannya, itu kami masih belum tahu kerana ia masih dalam perbincangan. Saya serahkan pihak peguam untuk menyelesaikannya," katanya kepada BH Online.

Mengulas video Shuk di mahkamah syariah bersama peguam, seolah-olah memberi bayangan konflik bakal berakhir, Sera Saya tak berani menjawab apa kaitan atau apa yang cuba Shuk tonjolkan dalam video.

"Shuk ada urusan peribadi yang hanya dia dan peguam tahu. Jadi, biarlah Shuk menjawabnya," katanya ringkas.

Sera berkata, buat masa ini, anak-anak bersamanya.

"Saya mahu memberikan fokus kepada mereka dan kerjaya. Namun, saya tak tahu bagaimana keputusannya pada masa hadapan.

"Shuk ada berhubung dengan anak-anak dengan membuat panggilan video dan sebagainya. Shuk juga ada meluangkan masa dengan mereka.

"Sekiranya tidak berada di Pulau Pinang, Shuk akan mengambil anak-anak membawa mereka keluar. Jadi, setakat ini, tidak timbul masalah soal anak-anak," katanya,

‌Katanya, dia sudah tentu mengharap kebaikan bersama Shuk dan anak-anak.

"Saya mengharapkan keputusan terbaik membabitkan soal masa depan anak-anak. Apa yang berlaku ada hikmahnya di sebaliknya. Ia juga sudah disusun Allah.

"Saya terima dan akur, dalam masa yang sama, cuba menjadi lebih baik untuk anak-anak.

"Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan. Sudah tentu ada ketikanya saya tertekan dengan apa yang berlaku, tetapi saya perlu positif.

"Saya akui, segala-galanya memerlukan masa untuk meletakkan diri saya dalam keadaan hari ini," katanya.

Sera bersyukur Allah hadirkan dengan rezeki lain.

"Saya semakin fokus dengan apa yang dilakukan sekarang. Saya ada tanggungan, jadi, saya kena bijak menguruskan kewangan.

"Selain anak-anak, saya juga membantu ibu bapa dan adik-adik yang selalu berada di sisi ketika susah dan senang.

"Saya berterima kasih kepada masyarakat dan media yang sentiasa mengambil berat mengenai keadaan saya.

"Ramai yang menghantar mesej langsung memberikan semangat untuk saya meneruskan kehidupan. Saya amat menghargainya.

"Tak semua orang berada di tempat, situasi dan matlamat yang sama," katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Berita Harian Online

No comments:

Powered by Blogger.