Selepas ayam dan minyak, giliran mi segera dan susu tin naik 10 hingga 40 peratus

encik gotenks
0

Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan semata-mata.

Peniaga kedai runcit di kawasan pinggir bandar raya ini mula menaikkan harga barang keperluan asas termasuk mi segera dan susu dalam tin berjenama.

Pembantu kedai runcit di Sesyen 7, Arman Hosin, 35, berkata, selain itu, harga makanan dalam tin, air minuman dalam botol dan telur ayam turut naik sejak minggu ini.

Menurutnya, mi segera berjenama naik hampir 10 peratus berbanding minggu lalu, manakala susu tin berjenama mengalami kenaikan paling tinggi sehingga 40 peratus..

“Mi segera berjenama naik dari RM5.50 kepada RM5.99, susu tin berjenama juga naik dari RM2.50 kepada RM3.50, sardin pula naik 20 sen dari RM5 kepada RM5.20.

“Harga telur ayam gred C juga naik kerana peniaga beli pada harga tinggi daripada pembekal, dulu satu sarang RM11.10 tetapi sekarang dah jadi RM13.50, kami jual RM14,” katanya.

Seorang lagi pembantu kedai runcit di Sesyen 15, Rosidi Ibrahim, 46, berkata, kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan berikutan peniaga perlu menampung kos.

“Pemborong memaklumkan pengeluar menaikkan harga susulan pelbagai faktor menyebabkan kami juga terpaksa menaikkan sedikit harga termasuk air minuman dalam botol (kecil) dari RM1.20 kepada RM1.40,” katanya.

Bagi seorang pemborong di Sesyen 25, hanya mahu dikenali sebagai Muslim berkata, kenaikan harga barangan asas dianggarkan sekitar 10 peratus sejak minggu lalu.

Bagaimanapun katanya, kenaikan harga yang sebenar sudah berlaku beberapa kali sepanjang tahun ini dan tidak dapat dielak lagi kerana barang dibeli pada harga tinggi daripada pengeluar.

“Makanan kering seperti bawang dan kentang ada berlaku kenaikan harga dan sudah pun bermula selepas Tahun Baharu Cina lagi,” katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Sinar Harian

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)