Cerita hal keluarga, rumah tangga, simpan-simpanlah skit, nasihat Ashraf Muslim

encik gotenks
0

Pelakon, Ashraf Muslim mengingatkan orang ramai terutama netizen untuk tidak mengeluarkan komen-komen keterlaluan di media sosial berhubung konflik rumah tangga membabitkan selebriti.

Ashraf yang kini bahagia melayari bahtera rumah tangga bersama dua isteri, Dr Noor Dayana Lokman dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi berkata, orang luar sepatutnya mendoakan dan berkongsi perkara yang baik supaya tidak menyakiti hati mana-mana pihak.

"Jangan kita mengecam. Sebaliknya doa, cakap dan balas dengan benda yang baik-baik. Saya berkata begitu sebab kita tidak tahu, kadang-kadang apa yang dikatakan itu boleh jadi satu doa juga. Bimbang akan terpalit kepada kita balik. Kadang-kadang kita lupa benda yang begitu.

"Jadi, kita kena sentiasa fikir positif sebab saya sendiri pernah alami situasi ini. Senang cerita, doa yang terbaik. Kalau nak menegur, tegur dengan cara berhemah jangan sampai menyakitkan hati. Ini supaya mereka yang terbabit berfikir ada lagi orang yang sayangkan mereka, boleh buat keputusan yang baik,"

katanya ketika ditemui selepas sesi tayangan filem Musyrik: Api Neraka Menantimu!, di sini.

Menurut Ashraf, dia mengakui mengalami pengalaman sukar pada peringkat awal proses poligami.

"Susah tapi kena tenang dan sabar. Buat keputusan betul-betul. Kalau tidak tenang, tak sabar akan buat keputusan yang tak betul," katanya.

Menurut Ashraf, dia mengakui hal berkaitan rumah tangga adalah privasi dan berpandangan soal itu tidak sepatutnya dikongsikan di media sosial.

"Bagi saya benda-benda macam ni, mengenai keluarga, simpan untuk kita sahajalah. Kalau kita asyik nak beritahu pada orang, kadang-kadang kita buka aib kita. Kita terlupa itu.

"Jadi senang ceritalah kebahagiaan diri kita, kesusahan di dalam keluarga kita, apa saja hubungan dalam kaum keluarga kita, tak payah beritahu orang lain.

"Biarlah kita simpan, selesaikan masalah kita. Ini sebab takut nanti ada masalah lain pula yang timbul, yang kita tak tahu," katanya.

Selain Ashraf, filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu turut dibintangi Aeril Zafrel, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)