7 tahun berkahwin namun tiada anak lagi, Amir Raja Lawak okay saja

encik gotenks
0

Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak menerima dengan hati terbuka apabila dia dan pasangan, Nur Intan Syafinaz masih belum dikurniakan cahaya mata biarpun sudah melayari bahtera perkahwinan selama tujuh tahun.

Amir, 34, atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, dia tetap bersyukur dengan kehidupannya sekarang dan tidak mahu mengambil peduli jika ada yang berkata buruk mengenainya.

"Saya dari dulu memang macam ini. Kalau orang kecam pun saya buat tak tahu je. Orang kata, tak hidup dipuji tak maati dikeeji. Kami tiada tekanan walaupun tiada anak. Saya dan isteri jalani hidup macam biasa saja," katanya ketika ditemui di sidang media supertele Penanggal Mak Kiah di sini.

Menurut Amir, dia dan isteri tidak pernah patah semangat dan akan terus berusaha untuk ke arah itu.

"Ada juga usaha yang dibuat dari segi perubatan. Urutan badan itu dan rawatan tradisional itu kami ada buat," katanya.

Ditanya berkenaan pengambilan anak angkat, Amir sama sekali tidak pernah terfikir soal itu kerana menurutnya, banyak risiko yang perlu dihadapi sekiranya berbuat demikian.

"Tak pernah terfikir. Takut kalau ambil anak orang tiba-tiba tak boleh nak teruskan. Kami pula yang akan kena kecam nanti. Saya fikir belum masanya lagi. Biar semua ada dulu macam kereta dan rumah. Biar betul-betul stabil dulu," katanya.

Mengulas lanjut perjalanan karier seninya ketika ini, Amir berkata, semuanya masih dalam keadaan baik dan pendapatan yang diterima mampu untuk terus menampung keluarganya.

"Setakat ini alhamdulillah semuanya okay saja. Lagipun isteri saya bekerja dan saya juga ada perniagaan lain. Jadi kedua-duanya bekerja, macam itulah," katanya.

Amir dan Intan melangsungkan perkahwinan pada 14 Mac 2015.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)