Lelaki makan 'penampar buaya' kerana cium dahi pasangan ketika bertunang

encik gotenks
0

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan kejadian seorang lelaki yang ditampar bakal isterinya selepas mencium dahi wanita itu ketika majlis pertunangan, lapor laman berita Suara.com.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @magelang_raya..

Rakaman memaparkan sebuah majlis pertunangan dengan pasangan itu sedang menyarung cincin di hadapan ahli keluarga.

Lelaki berbaju batik dan berseluar hitam itu dilihat menyarung cincin pada jari manis bakal isterinya.

Selepas itu, dia secara tiba-tiba memegang kepala lalu mencium dahi wanita itu di hadapan orang ramai.

‌Wanita berkenaan dilihat terkejut, lantas menampar tangan lelaki itu.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tunggu selesai ijab kabul dahulu ya,” kata seorang netizen. – Agensi

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Utusan Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)