Fizo Omar dikecam netizen selepas persoal isu cuti haid

encik gotenks
0

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai pengenalan cuti haid dan subsidi tuala wanita menjadi tumpuan ketika persidangan di Dewan Rakyat.

Tidak nafikan, ramai yang bersetuju dengan pengenalan cuti haid terutama kaum wanita. Namun, pelakon Fizo omar seakan mempersoalkan cadangan tersebut.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fizo memuat naik paparan berita mengenai isu tersebut serta turut menyatakan Malaysia antara negara yang mempunyai banyak cuti umum pada 2019 di seluruh Asia Tenggara.

Perkongsian Fizo itu mendapat perhatian warga Twitter yang mendakwa seolah memperlekehkan golongan wanita yang memerlukan cuti berkenaan.

Mungkin geram dengan kenyataan pelakon itu, seorang pengguna Twitter menempelak pandangan Fizo dengan mendakwa saakit senggugut berbeza bagi setiap orang.

Perkongsian pengguna Twitter itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang turut menyelar mereka yang tidak memahami saakit disebabkan senggugut.

Malah, ada golongan lelaki yang bersetuju dengan cuti tersebut kerana saakit senggugut boleh memberi kesan pada emosi sekaligus menyebabkan toksik di tempat kerja

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Roti Kaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)