Dituduh tak nak cerai sebab suami jutawan, Puteri Sarah hantar notis saman fitnah kepada netizen

encik gotenks
0

Perkongsian terbaru Puteri Sarah menjadi perhatian apabila memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang individu yang didakwa bercakap tidak benar mengenai dirinya di media sosial.

tindakan itu dibuat sebagai satu bentuk pengajaran kepada warganet agar tidak membuat sebarang spekulasi tanpa bukti kukuh terhadapnya.

"Pengajaran kepada orang luar, jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan apa yang anda lihat dan dengar tanpa bukti kukuh.

"Jangan buat fitnah fasal saya dan sila jaga kata-kata serta keluarga sendiri," katanya menerusi Instagram.

Tindakan Sarah itu dilihat bermula apabila seorang pengguna media sosial membalas satu kenyataan yang pernah dikongsinya di media sosial sebelum ini.

Beberapa komen yang dikongsi oleh Sarah di media sosial menunjukkan dia seperti diseerang dengan kenyataan balas memburukkan dirinya.

"Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami curang.

"Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun 'penyondol' yang salah. Terang-terangan dia tak nak dimadukan dan provoke satu Malaysia untuk beenci skandal suami dia," tulis komen berkenaan.

Sarah turut memuat naik notis saman terhadap individu itu di Instagram menerusi peguamnya, Natasha Basheer and Associate.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, ramai menyokong tindakan pelakon itu bagi mempertahankan dirinya.

"Ajar mereka dengan tindakan yang betul. Baru mereka tahu. Mengata tanpa tahu cerita sebenar apa yang dialami tuan badan.

"Fiight for your right. Jangan jadikan benda salah itu normal. Penyondol dah tentu salah," komen netizen.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)