Header Ads

Pasangan kekasih bakal dibebaskan, bayar ikat jamin RM40,000 hasil sumbangan orang ramai

Pasangan kekasih yang didakwa menghiina agama Islam bakal dibebaskan, selepas kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL) berjaya mengumpul RM40,000 untuk ikat jamin pasangan itu.

Siti Nuramira Abdullah, 26, dan V Alexander Navin, 38, yang masing-masing dikenakan ikat jamin RM20,000 berada di Penjara Satelit Beranang serta Kuala Kubu Bharu selepas gagal membayar jumlah jaminan, minggu lalu.

Peguam mereka, R Sivaraj berkata, pihaknya berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM40,000 setakat pagi tadi..

"Saya bersama penjamin kepada Siti Nuramira datang ke Mahkamah Kuala Lumpur hari ini untuk membayar ikat jamin. Pada masa sama, rakan peguam saya pula bersama penjamin Alexander Navin ke Mahkamah Petaling Jaya bagi tujuan sama.

"Bagaimanapun, kita tidak dapat pastikan bila anak guam akan dibebaskan kerana ia akan memakan sedikit masa bergantung kepada prosedur mahkamah.

"Berdasarkan pengalaman jika melepasi waktu dan berkaitan isu pengangkutan, ia akan mengambil masa untuk dilepaskan," katanya ketika ditemui di Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sivaraj berkata, kedua-dua anak guamnya dijangka dibebaskan selewat-lewatnya esok.

Beliau turut berterima kasih kepada orang ramai yang menyumbang bagi membantu membayar ikat jamin pasangan itu dan sebarang sumbangan tambahan akan dipulangkan kepada penyumbang.

Sebelum ini, Sivaraj mengumumkan bahawa LFL akan membantu Siti Nuramira dan Alexander Navin untuk mengumpul dana diperlukan bagi menjamin mereka melalui sumbangan orang ramai.

Pada 13 Julai lalu, Siti Nuramira yang tular di media sosial kerana menanggalkan baju kurung dan tudungnya di kelab komedi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni menggunakan agama di kalangan sesama Islam di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengaku seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk al-Quran kemudian bertindak membuka tudung serta menanggaIkan baju kurung ketika membuat persembahan di atas pentas.

Perbuatan itu dilakukan di Restoran Crack Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail di sini, kira-kira 6 petang pada 4 Jun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Sesyen 298A(1)(a) Kanun Kesekksaan yang memperuntukkan hukuman pnjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun.

Hakim Siti Aminah Ghazali membenarkan Siti Nuramira diikat jamin RM20,000 berserta syarat tambahan melapor diri di Balai Polis Brickfields sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah selain dilarang memuat naik di media sosial serta media cetak berhubung prosiding kes itu.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor, teman lelaki Siti Nuramira juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memuat naik hantaran yang jelik dengan niat menyakiitkan hati di media sosial.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan 1 September depan untuk sebutan semula kes.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.