Header Ads

Saya membesar dalam broken family, tiada siapa bimbing, kata Janna Nick

Melihatkan perwatakan Janna Nick, sememangnya ramai berpendapat pelakon dan pengacara itu seorang yang sangat ceria dan aktif.

Namun, ada kisah disebalik kehidupan Janna yang mmebesar dalam ‘broken family’. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsikan temu bual Janna yang menceritakan kisah hidupnya.

Menurut Janna, ibu bapanya bercerai ketika dia darjah tiga dan memilih untuk tinggal bersama neneknya kerana dia merasakan ia merupakan keputusan yang terbaik.

Kata Janna lagi, dia memaksa dirinya menjadi seseorang yang ektrovert kerana mahu menghiburkan diri sendiri supaya tidak berasa sunyi.

“Saya banyak membesar dengan kawan-kawan. Kadang-kadang orang nampak sisi saya yang extrovert. Tapi sebenarnya saya terpaksa jadi extrovert sebab saya rasa saya kena hiburkan diri saya,” katanya.

Janna berkata lagi, sejak kecil lagi dia sudah membuat keputusan sendiri dan tidak mendapat bimbingan daripada siapa-siapa.

“Kalau saya balik pukul 4 pagi pun, mak saya tanya dekat mana je, mak saya akan biar je. Tapi bukan sebab mak saya tak bertanggungjawab, tapi mak saya percaya dengan saya. Itu yang menjadikan saya hari ini,” katanya.

Sementara itu, Janna berkata selepas ibu bapanya bercerai dia tidak merasakan hari raya sesuatu yang menyeronokkan.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.