Aliff Syukri dikecam netizen buat ‘content’ tak menjadi bergaduh dengan pelakon

0

 



Nama usahawan terkenal dan selalu dikelilingi kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri kembali mendapat kecaman selepas insiden bergaduh dengan pelakon Yana Samsudin. 


Beliau kemudian menerangkan keadaan sebenar berkaitan insiden pasu hiasan yang didakwa dipecahkan oleh Yana dengan nilai sebanyak RM400,000.


Melalui media sosial, Aliff menyatakan rasa kesedihan dan kecewa apabila menerima hinaan daripada warganet, kerana beliau hanya menjalankan tugas semata-mata. 


Bagaimanapun, Aliff enggan memberikan keterangan lanjut mengenai insiden tersebut dan meminta pihak media dan peminat untuk tidak membesar-besarkan isu tersebut.




“Saya hanya jalankan tugas sebagai artis jemputan tapi penghinaan orang ramai kepada saya melampau.


“Sedih saya. Untuk elakkan sebarang kekeliruan, ini bukan sebahagian daripada pemasaran mana-mana pihak mahupun tiada pergaduhan sebenar.


“Apa salah saya kenapa korang kutuk saya sebegitu? Saya hanya buat kerja saya saja. Awak caci, maki saya apa salah saya?


“Cuba awak tengok video ni. Inilah perkara yang sebenar,” ujarnya.


Jelas kelihatan Yana di penghujung video terkejut apabila mengetahui semua itu hanyalah ‘prank’.


Warganet akui sudah bosan dengan teknik pemasaran Aliff Syukri yang sering tular kerana menimbulkan salah faham.




“Islam tak suka penipuan. Walaupun buat lawak, apatah ‘prank’ orang. Cukup-cukup la buat kandungan ‘prank’ macam ni,” kata Dhiaabdullahdiary.



“Gara-gara cacian netizen, elemen kejutan dalam sesebuah rancangan ‘prank’ dah tak menjadi dah. Kasihan,” tambah seorang lagi pengguna.


Sumber : MalaysiaDateLine

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)