Ubahlah gaya hidup, mahasiswa tak perlu beli telefon mewah, makan di restoran mamak/hipster, nasihat pensyarah

encik gotenks
0

Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan

Mahasiswa perlu mengubah gaya hidup di kampus untuk mengadaptasi ketidaktentuan ekonomi disebabkan kenaikan harga barang dan inflasi yang melanda negara ini.

Ini kerana sebahagian mahasiswa menghabiskan wang untuk membeli telefon pintar mewah atau makan di luar terutama di restoran mamak dan makanan segera sedangkan pelbagai inisiatif pantas diperkenalkan kerajaan seperti pakej menu ekonomi serendah RM3.50 di kafeteria kolej, terutama universiti awam (UA).

Gesaan mengubah gaya hidup seperti dibuat Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Teknologi dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Dr Mohd Hafiz Zulfakar itu juga ditujukan kepada mahasiswa daripada keluarga berkemampuan kerana mereka boleh memberikan pengaruh rakan sebaya kepada pelajar lain terutama dalam kalangan B40.

Mohd Hafiz mahu pelajar perlu peka keadaan semasa dan mengamalkan prinsip kesederhanaan kerana dalam keadaan ekonomi dijangka tidak menentu khususnya hingga hujung tahun ini, mereka seharusnya bijak menilai dan membuat perancangan kewangan, selain mengutamakan keperluan berbanding kemahuan.

Ikuti saranan lanjut Mohd Hafiz dalam tulisannya Siswa Perlu Ubah Gaya Hidup Hadapi Ketidaktentuan Ekonomi.

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)