Bila Ada Filem Bocor, Saya Perasan Finas Macam Diam Saja, Kata Syamsul Yusof

encik gotenks
0

Syamsul Yusof, 38, kecewa dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang dianggap tidak memperjuangkan masalah cetak rompak dan hak cipta kerana masih terdapat filem 'bocor' di media sosial.

Syamsul yang juga pengarah filem paling laris tanah air iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berkata, itu adalah isu utama yang membelenggu penerbit dan industri penerbitan filem dan drama tanah air.

"Saya kecewa dengan Finas. Terlalu banyak isu dalam industri filem ini yang entah kenapa pengerusi Finas terdahulu, malah ada yang sebelum ini terbabit dalam industri filem, tapi tidak memperjuangkan masalah atau isu besar dalam industri ini.

"Saya memang kecewa. Sebelum nak cakap masalah cukai, masalah nombor satu dalam industri perfileman kita adalah masalah cetak r0mpak dan hak cipta. Seharusnya Finas memberitahu kerajaan supaya menggubal undang-undang berkenaan hak cipta filem, TV dan macam-macam lagi," katanya.

Syamsul berkata, ketika ini kita berada di era media sosial yang begitu drastik dengan adanya YouTube, TikTok dan banyak lagi.

Sehubungan itu, Syamsul berpendapat kerajaan harus menggubal satu lagi undang-undang baru yang lebih ketat untuk melindungi hak cipta penerbit merangkumi filem dan drama.

"Sekarang ini drama TV pun sudah dicuuri dan dimuatnaik secara haram di media sosial. Finas nak tunggu apa lagi? Adakah nak terus menunggu dan melihat penerbit di Malaysia ini menanggung kerugian? Sampai bila? Sampai industri perfileman Malaysia maati? Ini kerana undang-undang yang ada sekarang ini tidak ketat dan harus diperhalusi sesuai dengan zaman sekarang," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Syamsul, undang-undang yang lebih ketat perlu dilaksanakan segera bagi membolehkan industri penerbitan Malaysia terus berkembang.

"Apabila ada filem-filem bocor, apa saya perasan Finas macam diam saja, seolah-olah macam langsung tidak mempedulikan. Apabila ada sesebuah filem dan drama keluar di TikTok, Finas hanya berdiam diri, tak buat apa-apa, hanya membiarkan nasib pembikin filem Melayu. Tidak membela, tidak berjuang dan berusaha bersama-sama menangani isu hak cipta ini.

"Ini sangat penting untuk industri. Sebab itu saya bercakap soal ini, untuk jangka masa panjang. Kalau Finas bagi tahu kepada kerajaan apa perlu dibuat, apa undang-undang perlu digubal semula, ia boleh mengubah sejarah. Kalau tak kita takat ini saja," katanya.

‌Sementara itu, berkenaan isu cukai hiburan dan peratusan caj perkongsian yang dikenakan pihak panggung wayang kepada pembikin filem tempatan, Syamsul bersetuju dengan pendapat diberikan pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki yang menyeru pihak bertanggungjawab untuk melihat semula cukai hiburan dan peratusan caj perkongsian yang dikenakan oleh pihak panggung wayang kepada pembikin filem tempatan.

Menurut Afdlin, cukai hiburan yang dikenakan sehingga 25 peratus dan caj 50 peratus yang dikenakan oleh panggung wayang membebankan pihak pembikin filem dan penerbit.

Syamsul berkata, isu berkenaan juga satu sebab kenapa industri filem Malaysia tak berkembang.

"Apabila penerbit tidak mendapat keuntungan yang sepatutnya, jadi amat susah industri ini nak berkembang hingga tidak mewujudkan peluang pekerjaan.

"Filem ini sukar menjadi sebuah industri. Kita nak sebut industri filem pun payah sebab boleh dikira dengan jari berapa filem saja yang berjaya di pawagam. Apatah lagi filem yang mendapat kutipan rendah. Bayangkan apalah nasib penerbit itu. Jadi memang kasihan.

"Saya bersetuju dengan pendapat Datuk Afdlin Shauki. Perkara itu pihak kerajaan seharusnya perhalusi kembali mengenai cukai terlalu tinggi dan hal pawagam tersebut. Tiada orang boleh ubah perkara ini kecuali kerajaan," katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)