Header Ads

Mak dia ratu Malaysia kot, hampa tak nak siapkan anak itu masalah hampa, kata Che Ta

"Mak dia ratu Malaysia dulu kot, yang hampa (kamu semua) pun, mana tak tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Kadang-kadang kami (saya) pun pening."

Itu luahan pelakon, Rozita Che Wan terhadap segelintir netizen yang mempertikaikan minat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang gemar melaram atau bersolek.

Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, apa yang dilakukan anaknya itu adalah minat peribadinya dan tidak perlu diperbesar-besarkan.

"Tolong dengar. Hampa tak nak siapkan anak itu masalah hampa. Anak saya memang suka bersiap. Takkanlah dia nak nak melaram kami nak larang. Contoh anak hampa suka melukis, takkan hampa nak marah mereka melukis.

"Anak saya memang suka pakai mekap dan suka melaram. Nanti kalau marah, dia menangis, menangis satu kerja saya nak kena pujuk," katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Menurut Che Ta, kebanyakan individu yang gemar mencari salah dirinya dalam mendidik anak adalah pengguna akaun palsu.

‌"Yang komen semua guna akaun palsu, sekali saya 'libas' guna bulu mata saya yang setebal '7 petala langit' ini baru hampa tahu.

"Kalau (anak) tak Ietup hampa kata tak pandai jaga anak, kalau cantik sangat hampa kata kesian (kasihan) zaman budak-budak sekarang itulah inilah.

Macam hampa dulu kecil-kecil suka mandi sungai, mak ayah larang pun hampa pergi terjun sungai. Begitulah anak saya.

"Jaga anak hampa sendiri. Sibuk jaga anak orang sampai anak sendiri kelaparan. Hampa nak Aaisyah tinggal dalam gua ke?" katanya.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.