Hati Anak Aku Suci Murni, Aku Didik Penuh Dengan Kasih Sayang, kata Normah Damanhuri

encik gotenks
0

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila usahawan kontroversi, Kak KM ada memuat naik di laman instagramnya dia membelikan kereta baru secara tunai kepada ibunya Normah Damanhuri. Tidak dapat dipastikan model kereta cuma yang pasti ianya kereta Honda.

Seperti yang kita sedia maklum, Kak KM adalah seorang usahawan yang tidak pernah lekang dengan kisah-kisah panas, walau sering dikecam oleh netizen tetapi ramai juga yang mengagumi sikap pemurah Kak KM dan hubungan rapat beliau bersama keluarga.

Namun, hati seorang ibu pasti akan terluka jika anakya sering menjadi maangsa kecaman. Baru-baru ini, Kak KM menerima komen melampau daripada netizen di media sosial.

Komen tersebut mendapat perhatian Normah Damanhuri yang tampil menegur individu itu yang mendakwa Kak KM menghadiahkan kereta buat ibunya seolah mahu menutup video tularnya menepuk punggung baru-baru- ini.

Kesal dengan komen tersebut, Normah menyifatkan individu itu seorang yang busuk hati kerana bersangka buruk pada anaknya itu.

“Untuk pengetahuan kau.. bila salesman bagitahu aku kereta aku dah sampai…aku terus kena pergi settle pada hari yg sama. Kereta ni aku dh booked lama! Kau apa tahu?

“Hati anak aku suci murni aku didik dengan penuh kasih sayang…yang aku nak bagitahu dengan kau sekarang ni, Aku nak bagi kau hadam. Takda kena mengena sama sekali dengan apa yg kau tuduh terhadap anak aku,” tulisnya.

Perkongsian pelakon itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengakui Kak KM sememangnya sering tampil seksi namun memuji kebaikan yang dilakukan pada ibunya.

Untuk rekod, Kak KM dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) susulan video aksi tepuk punggung melibatkan tiga usahawan.

Memohon maaf di atas tindakannya itu, Kak KM berkata dia akan lebih berhati-hati dalam perkongsian di media sosial selepas ini. Ujarnya, dia tidak tahu bahawa video yang dikongsikannya itu salah.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)