Mujur saya tak giIa harta, masa berpisah dulu saya laku keras, orang kaya Dubai ajak kahwin, kata Abby Abadi

encik gotenks
0

 


Baru-baru ini pelakon cantik yang tidak dimamah dek usia, Abby Abadi ada memuat naik satu perkongsian di instagram miliknya memaparkan sambutan kelahiran anak sulungnya iaitu Mohamed Danish Hakim kini berusia 19 tahun.


Turut menjadi perhatian, menerusi entri itu Abby turut mengimbau semula memori sewaktu bergelar ibu tunggal ketika pada awal perpisahan dengan bekas suaminya, Norman Hakim.


Menerusi entri yang sudah mendapat lebih dari 9000 tanda suka itu, beliau menulis ketika berpisah ketika itu ramai yang mahu berkenalan dengannya, malah ada lelaki kaya di yang menetap di Dubai turut mengajaknya berkahwin.


Bagaimanapun, Abby berkata dia tidak mengambil keputusan terburu-buru serta turut berseloroh jika dia menerima lamaran tersebut pasti anak-anaknya sudah jadi orang kaya Dubai.

 

“Antara yang tak buleh lupa, ada orang kita yang dah kaya raya duduk di Dubai nak berkenalan/ajak kahwin.. anak saudaranya cadangkan. Saya tak nak sebab tak taste dengan orang berusia.


“Tapi, bayangkan kalau jadi dulu. Jadi orang kaya Dubai dah anak-anak ni dan tak jumpa dah dengan papanya ni. Nasib mamanya tak giIa harta haha,” katanya.



Dalam pada itu, Abby menyifatkan perancangan Allah adalah yang terbaik serta meluahkan rasa syukur kerana masih dipanjangkan usia untuk melihat anak-anaknya membesar.


“Apapun, perancangan Allah itulah yang terbaik. Bersyukur Allah masih panjangkan umur kami lagi untuk melihat anak-anak ini membesar. Bahagia mereka ada mama, abah, papa, mummy,” katanya.


Terdahulu, Abby dan Norman tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Danisha Hakim.


Norman turut mempunyai cahaya mata bersama pelakon Memey Suhaiza Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim

Kredit : Instagram Abby Abadi via rotikaya

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)