Wanita ini terkedu bila terpaksa bayar RM140 untuk 6 cawan air buah dan 5 aiskrim

encik gotenks
0

 


Sudah menjadi lumrah alam, setiap kali musim cuti semestinya kita akan mengambil peluang itu untuk menghabiskan masa bersama dengan keluarga tercinta. Antara aktiviti yang terkenal adalah bercuti, baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Fathin Shahirah telah memuatnaik beberapa video mendakwa dia perlu membayar RM15 bagi satu cawan air buah dan membayar RM90 untuk enam cawan air buah.


Sedap tak apa la juga. Nak habiskan pun tak boleh telan. Ayoo first dan last la beli minuman dekat sini.


Dakwanya lagi, caj yang dikenakan mengalahkan air berjenama antarabangsa dan duit tersebut mampu membeli sebuah pengisar baru.


Menakutkan harga air dekat sini, kalah harga air *********.


Percaya tak kalau saya cakap 6 cawan air buah ini boleh beli sebiji pengisar berjenama.


Bukan itu sahaja, dia juga mendakwa perlu membayar RM50 ringgit bagi lima batang aiskrim dan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM140 termasuk air buah tadi.


Bab makan minum saya tak berkira kalau berbaloi. Kalau yang macam ini gini harganya sekali jela saya beli.


Seperti biasa, netizen memberikan pandangan dan pendapat tentang harga yang dikatakn sangat luar biasa.



Ada juga netizen yang mencadangkan agar wanita itu membuat laporan kepada pihak berkuasa.


Sementara itu, netizen yang mengaku orang Langkawi pula mengatakan makanan dekat situ memang mahal, dan dia sendiri pergi sana hanya untuk selfie sahaja.

Sumber: Tiktok Fathin Shahirah

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)