Awie Wings Sekolahkan Kumpulan Search, Dah Keluar Masih Taknak Guna Nama Baru

encik gotenks
0

 


” Kami sudah anggap mereka itu seperti abang kami. Jadi kita sangat kecewa kerana dah tua pun mereka boleh jadi tam4k haI0ba..”


Itu kata-kata padu vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie yang mengakui kecewa melihat perbalahan yang berlaku pada Search sehingga anggota kumpulan rock legenda itu kini terbahagi kepada dua.


Awie berkata, sebagai sebagai artis yang lebih junior, dia melihat hal seperti itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan industri hiburan di Malaysia sangatlah kecil.


” Dek kerana nama sahaja dan bukan ada harta pun? Kecewalah, sepatutnya hal sebegini tidak berlaku.


” Masing-masing nak cari makan, Malaysia ni kecil pusing-pusing jumpa orang yang sama,” katanya kepada Gempak.


Tambah Awie, mereka yang memutuskan untuk keluar daripada kumpulan tidak seharusnya berteIingkah untuk menggunakan nama kumpulan yang ditinggalkan.


” Yang dah keluar tu keluarlah, tinggalah yang Search yang sedia ada. Itulah Search pada saya.


” Kamu dah umum keluar tapi kamu nak ambil nama tu, mana boleh. Dah keluar, buat nama baru,” katanya.


Awie menjelaskan, soal hak cipta tidak timbul memandangkan kumpulan-kumpulan lama tidak pernah mengalami isu sebegini.


” Hanya orang tam4k sahaja kecoh pasal ni, orang lain takda kecoh. Kalau tengok Alleycats, Carefree, Revolvers, Sweet Chartity – tiada pun orang sibuk pasal nama. Yang ni kita pelik.


” Kalau dia nak pegang nama itu untuk kepentingan masa depan, itu lain. Dia akan register nama tersebut. Kalau company yang register, nama itu menjadi hak milik company.


Kalau dia nak rebut, dia kena berbincang dengan siapa yang cipta nama kumpulan dan register, supaya sesiapa tidak boleh claim,” katanya lagi.


Dalam pada itu, Awie memberi contoh dirinya yang pernah keluar daripada Wings, tetapi tidak terlibat dalam polemik seperti Search.


” Saya yang bagi nama Wings dan saya pernah keluar daripada kumpulan. Tapi saya tak bising soal nama. Kamu nak cari makan, saya pun nak cari makan. Apa yang teruk sangat nak gaduh pasal nama ni?


” Kamu tiada kekuatan nama lain ke? Nama kamu sendiri tak kuat ke? Kamu tiada populariti ke? Kamu dah ada populariti, kamu bawalah populariti itu untuk bina satu perkara baharu.


” Kamu nak guna nama itu juga lepas tu nak hukum kawan-kawan nak bunvh kawan-kawan. Apa faedah ni? Takda faedah.


” Kami pun ada anggota yang keluar, dia masih guna nama belakang Wings. Ada kami bising? Kami ketawa jelah…” tutur Awie.


Dalam perkembangan lain, Awie memberitahu yang tiket bagi persembahan Wings Rocks & Dine 36 Anniversary Celebration di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 26 Februari depan sudah habis dijual.


Menurut Awie, dia berasa sangat terharu kerana meja untuk makan malam tersebut sold out hanya dalam masa seminggu sahaja.


” Setakat ini, kami akan melakukan persediaan yang rapi dan berharap dapat memberikan yang terbaik kepada peminat yang bakal hadir pada malam persembahan itu nanti,” katanya.


Peminat pening kumpulan Search dah jadi dua


Terdahulu, sejak beberapa minggu lalu nama kumpulan rock lagenda tanah air, Search menjadi topik perbualan hangat terutama kepada peminat lagu rock era 80-90an.


Ia susulan kumpulan Search kini sudah berpecah menjadi dua kumpulan berbeza. Kdua-duanya menggunakan nama Search, yang beza cuma ‘line-up’ mereka.


Keakrab4n dan persahabatan bagaikan satu keluarga dibina selama 40 tahun membabitkan anggota kumpulan ikonik legenda itu kini lebur dan bertukar menjadi sengk3ta tiada berpenghujung.


Sebelum itu Din dan Kid mengumumkan mempunyai vokalis baharu yang juga penyanyi dari Indonesia, Denden Gonjales yang diperkenalkan, baru-baru ini.


Ini bermaksud ‘line-up’ Search pertama ini dianggotai oleh Denden (penyanyi), Din dan Kid (gitar), Yan (bass) dan Pae (dram).


Sementara ‘line-up’ Search yang satu lagi pula dianggotai Amy (penyanyi),  Hillary dan Man Kidal (gitar) dan Nasir (bass).


Dalam pada itu, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 63, berkata, dia mengakui kesabarannya tidak mampu dibendung selepas berlaku insi.den kemuncak kepada segala kekcewaan terhadap Din dan Kid.


” Bukan saya menjadi punca terhadap segala kntroversi berlaku, merekalah pencetus. Cuma, sebelum ini, saya mengambil sikap mendiamkan diri.


” Gagal hadir latihan dan sesi promosi album serta konsert sudah menjadi perkara biasa. Bayangkan, ketika rakaman album Katharsis, Noordin tidak menghabiskan rakaman.


” Perbuatannya jelas menggambarkan betapa dia tidak hormat penerbit album iaitu Datuk M Nasir dan anggota Search lain termasuk individu melabur pembikinan album, Datuk Zaharul.


” Saya bukan tidak matang seperti yang didakwa, tetapi saya sudah bosan melayan kerenah Noordin dan Kid yang lebih banyak menyusahkan,” kata Amy.


Sementara itu Din atau nama sebenarnya Noordin Mohd Taib mengakui berlapang dada dengan gabungan Amy bersama Nasir, Hillary dan Man Kidal yang kini dalam pembikinan album terbaharu.


Menurutnya, dia dan adiknya Kid mendoakan yang terbaik serta menyerahkan kepada peminat samada mahu menyokong siapa.


” Saya pun tak tahu nak cakap macamana kerana itu hak mereka. Semua orang tahu abang Amy dah keluar Search.


” Perkara ini kena tanya dia sendiri. Biarlah dia buat kenyataan. Tapi saya ralat kerana peminat sudah berpecah. Pada saya, band berpecah tak apa.


” Abang Amy yang paling berusia dalam kumpulan patutnya berfikiran lebih matang.


” Saya akan pakai nama Search kerana tak keluar lagi. Saya akan gunakan dan sampai bila-bila takkan lepaskan Search.” kata Din.


Sumber:gempak

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)