Bakat adalah anugerah, bakat tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, kata Ajai

encik gotenks
0

 


Seperti yang sudah dijangka ramai, usahawan kontroversi yang tak pernah lekang dengan cerita sensasi, Iqbal Zulkefli menepati ramalan menjadi menjadi bintang Big Stage 2022 pertama yang tersingkir pada konsert minggu kedua yang bersiaran secara langsung pada Ahad.


Iqbal yang mendapat markah 9.2 peratus sahaja gagal meneruskan perjuangan pada minggu ketiga yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.


Menurut juri tetap, nyanyian Iqbal kedengaran berterabur selain usahawan kontroversi itu sememangnya tidak dikurniakan bakat sebagai seorang penyanyi.


“Kamu tak berbakat dalam nyanyian. Bakat ini adalah pemberian... straight to the point. Walaupun berduit, tapi bakat tak boleh beli dengan duit. Allah yang kurniakan.


“Awak tak dilahirkan sebagai penyanyi... ada rezeki lain. Allah maha adil, dia berikan rezeki lain-lain. Mula-mula saya beri lima tapi nyanyian belakang terabur. Awak pun tahu, tempo terabur.


“Dalam nyanyian bukan tiga hari belajar terus pandai. Ada orang bertahun belajar untuk dapat ilmu. Kepentingan dekat sini, bakat dulu. Saya tak suka benda ini jadi bahan lawak. Awak perlu jaga maruah,” katanya.


Selain empat markah daripada Ajai, Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan menerima markah 20 peratus daripada juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan penyanyi Aina Abdul selaku juri undangan memberi markah 10 peratus.


Sejak diumumkan sebagai salah seorang peserta Big Stage musim keempat yang memulakan siaran pada 6 Februari lalu, Iqbal menerima kecaman ramai yang mempertikaikan kelayakkannya.




Sementara itu, penyanyi Elica Paujin pula menjadi bintang yang menjuarai konsert mingguan kedua dengan markah sebanyak 84.6 peratus.


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dan penyanyi Aina Abdul sebagai juri undangan.


Manakala kerusi juri pedas pula diisi oleh penyanyi Mas Idayu manakala usahawan Datuk Seri Vida sebagai Presiden Netizen.


Peserta Big Stage 2022 iaitu Danial Chuer tidak dapat membuat persembahan pada malam minggu kedua disebabkan mengalami demam panas.


Program yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dikendali oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, manakala tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.

Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)