Pemberani dicari, wanita nak jual meja rare pada harga RM2500

encik gotenks
0

 


Tahun 2022 ni bukan sekadar telur ayam dan ayam yang naik harga. Namun banyak lagi barang keperluan yang naik harga sampai memeningkan rakyat marhain yang gaji masih lagi ditakuk lama.


Namun bagi para penghobi dan pencinta barang rare harga yang tidak masuk akal tidak menjadi masalah janji kemahuan tercapai dan berjaya menjadi pemilik barangan edisi terhad.


Baru-baru ini viral sebuah motosikal 125zr limited edition yang ingin dijual pada harga RM95,000 oleh pemiliknya.


Namun hari ini kita dikejutkan lagi dengan kisah barangan terhad ini. Seorang wanita yang menggunakan nama Noruhimahalpiza Noru telah memuat naik statusnya yang ingin menjual sebuah meja rare yang diperbuat dari kayu tembesu dan merbau berdaarah.



Harga yang ditawarkan cuma RM2500. Meja ini memiliki panjang 100 inci dan lebar 25 inci.


Kenapa harga yang dijual ini mahal admin pun tak dapat pastikan. Mungkin sebab ianya diperbuat dari kayu yang jarang ditemui atau hasil seninya yang berkualiti tinggi yang menyebabkan ianya diletakkan pada harga yang tinggi.


Menjenguk di ruangan komen, ada netizen memberikan pendapat mungkin meja ini dijual mahal kerana kos baja yang meningkat sekarang.



Ada juga yang mengatakan ditempatnya meja seperti ini dijual pada harga RM5000.


Netizen lain pula bergurau dengan mengatakan harga Kelantan ke ni? sebab itu dijual murah sangat.


Apa pula pandangan anda? adakah harganya memang mahal atau atas faktor pokok yang digunakan adalah dari spesies yang jarang ditemui sekarang menyebabkan peniaga terpaksa meletakkan harga sebegitu?


Adakah anda pemberani yang dicari?


Sumber : FB Noruhimahalpiza Noru

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)