Kita tahu dia buat benda betul, saya reda Sajar lari ke Australia, tak pernah pujuk dia pulang Malaysia, kata Ibu

encik gotenks
0

 


Ujar Maimon Omar, 66, dia lebih rela Sajat kekal berada di sana kerana bimbang bakal berdepan tindakan undang-undang seandainya anaknya pulang ke negara ini.


"Tak... memang saya tak pujuk dia balik. Saya tahu risiko dia. Saya tak nak pujuk, biar dia buat (urus) sendiri hal dia.


"Saya tengok rezeki dia lagi melimpah ruah daripada dia kat Malaysia. Maju betul dia kat sana, saya betul-betul bangga dengan dia," katanya menerusi pertemuan eksklusif dengan mStar baru-baru ini.


Maimon ditemui di banglo mewah milik Sajat di Kota Damansara yang kini dalam proses untuk dijual pada harga RM9.5 juta.


Selepas Sajat melarikan diri ke Australia sejak Oktober 2021, banglo 10 bilik itu didiami ibu bapa Sajat bersama dua orang anak angkatnya iaitu Syahmi dan Syaza yang masing-masing berusia tujuh tahun.


Bercerita lanjut tentang anaknya itu, Maimon berkata sebagai ibu, doa dan restunya sentiasa bersama Sajat walau apa pun yang terjadi.

"Kami kerap berhubung, rasa macam dia ada kat sini saja. Apa-apa pun dia cerita, apa dia nak buat dia beritahu... minta restu dan doa.


"Apa sahaja saya reda. Apa yang jadi dekat rumah dia, orang buat apa pun saya reda. Itu sahaja jalan terbaik.


"Kita tak nak burukkan sesiapa. Buat sajalah apa yang kau rasa nak buat. Apabila kau buat, Allah akan datangkan rezeki," katanya lagi.


Sementara itu ditanya tentang kecaman yang dilemparkan banyak pihak terhadap Sajat dan keluarganya, Maimon bagaimanapun memilih untuk tidak terlalu memikirkan tentang hal berkenaan.


Jelasnya, sebagai ibu dia lebih tahu tentang apa yang berlaku terhadap Sajat.


"Saya tak kisah, apa mereka kata... lantaklah. Tapi saya tahu apa dia (Sajat) buat tu untuk kebaikan diri dia.


"Kita jangan pedulikan orang, pedulikan diri kita saja. Orang nak kata apa pun kata la. Tak kisah... yang kita tahu sekarang ni buat benda yang betul.

Maimon bersama Syami ketika tinjauan di sekitar banglo milik Sajat.


"Tak mengapa, orang yang kata tu mereka yang akan tanggung. Saya dah lali tak kisah apa pun, orang kata apa pun saya tak kisah.. saya tahu apa dia buat," katanya.


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)