Sering diejek sampai kekasih minta putus sebab tak kacak, lelaki ini ubah wajah dan penampilan persis artis korea

encik gotenks
0

 


Seorang lelaki di Vietnam dilaporkan berbelanja AS$17,400 (RM70,570) untuk siri pembedahan plastik selepas dia diejek memiliki wajah buruk semasa menghadiri satu temu duga, lapor portal berita Oddity Central kelmarin.


Menerusi rakaman video dalam aplikasi TikTok, Do Qu­yen memberitahu, dia menjalani sembilan prosedur berlainan untuk mendapatkan wajah terkini yang jauh berbeza dengan penampilan asalnya.


Prosedur tersebut termasuk memancungkan hidung, implan dagu, meletakkan lapisan porselin pada gigi, pembentukan semula bibir, pembedahan kelopak mata dan implan bibir.



Namun begitu, wajah terbaharu Quyen dipertikaikan oleh sebilangan netizen yang tidak mempercayai bahawa pembeedahan plastik mampu menjadikan lelaki itu kacak seperti pelakon Korea Selatan.


Biarpun berdepan kecaman netizen yang mengatakan wajah baharunya hanya sekadar sun­tingan komputer, Quyen tetap berbangga dengan perubahan yang dilakukannya.


“Saya pernah diejek dan dihina kerana mempunyai wajah tidak menarik suatu ketika dahulu, jadi saya nekad memastikan kejadian seperti itu tidak berulang.


“Ketika saya pulang ke rumah buat kali pertama dengan wajah baharu, ibu bapa saya tidak mengenali anak mereka sendiri,” katanya.



Quyen yang kini bergelar jurusolek profesional, sering berkongsi pengalaman tentang transformasinya di media sosial dengan alasan mahu memberi inspirasi kepada golongan muda untuk membuat perkara yang boleh membahagiakan mereka.


“Saya tidak menyesal menjalani pembedahan plastik dan saya berasa gembira dengan kehidupan yang saya sekarang selepas memiliki wajah baharu.


“Jika anda tidak suka apa yang anda lihat pada diri sendiri, anda berhak mengubahnya walaupun perlu menjalani pembedahan plastik,” ujarnya. – Agensi.

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)