Pengurus Kanan KWSP Meninggal dunia dalam sujud solat Dhuha

encik gotenks
0

 


Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meninggaI dunia ketika sujud solat Dhuha di rumahnya di Segambut di sini, pagi hari ini.


Shukri Sulaiman, 51, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakannya pada 10 pagi.



Difahamkan, arwah yang aktif dengan kerja kebajikan mendapat cuti sakit selepas mengalami demam sejak beberapa hari lalu.


Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan daripada rakan mngsa yang ke rumahnya untuk menghantar makanan.


"Rakannya mengatakan selepas beberapa kali panggilannya tidak dijawab, dia meminta bantuan jiran untuk masuk ke dalam rumah Shukri.



"Apabila masuk ke dalam rumah didapati mngsa sudah tidak sedarkan diri dalam biliknya dalam keadaan bersujud dan memakai jubah putih," katanya ketika dihubungi hari ini.


Beh berkata, jenzah Shukri kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan proses beedah slasat akan dijalankan esok.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)