Dahagakan perhatian, Janna Nick dikecam promosi lagu sambil mandi buih

encik gotenks
0

 


Baru-baru ini pelakon dan juga penyanyi popular, Janna Nick ada melancarkan single terbarunya berjudul Gatal.


Seperti yang kita tahu, Janna Nick adalah seorang yang komited bila membuat sesuatu kerja. Dia juga seorang yang kreatif dalam marketing/ viralkan sesuatu.


Janna nick memilih cara yang sungguh unik dan berani apabila bertindak memuat naik satu video kontroversi semata-mata mempromosikan lagu terbarunya itu.


Video itu telah dikongsikan di laman TikTok menampilkan Janna Nick berendam dalam tab mandi yang dipenuhi dengan buih sambil menyanyikan lagu Gatal.


Netizen menganggap video mandi buih itu tidak sesuai dan boleh menimbulkan fitnah, ye lah... orang lelaki ni sangat kreatif, mungkin ada yang boleh membayangkan pelakon itu mandi di dalam tab mandi berkenaan.


Tidak kurang juga, ada segelintir netizen mengatakan mereka pula yang rasa malu apabila melihat video berkenaan.

 

Bagaimanapun, ada yang mempertahankan Janna dengan mengatakan pelakon itu memakai baju ketika berada di dalam tab mandi itu. Kata netizen lagi jika sedang rakam video sudah pastilah Janna  memakai baju serta meminta orang ramai tidak bersangka negatif sahaja.



untuk rekod, Janna tampil mengeluarkan single ke-3 berjudul Gatal pada bulan Februari 2022.


"Lagu berentak pop ciptaan sepenuhnya oleh Aepul Roza ini diserikan dengan bait-bait lirik yang seakan menolak godaan seorang lelaki yang sudah berpunya," katanya.


“Mesej lagu ini bagi Janna sangat mudah di mana selalunya perbuatan gatal ini akan diletakkan kesalahan kepada satu pihak sahaja yang kebiasaannya adalah wanita, tetapi dalam lagu ini, ia cuba menyampaikan bahawa perbuatan gatal itu terjadi disebabkan oleh kedua-dua pihak, tidak kira lelaki atau perempuan.


"Gatal ini juga boleh mengakibatkan kesengsaraan dan kerosakan sesebuah perhubungan pada pengakhirannya. Lagi-lagi untuk orang yang dah berpunya dan juga pasangan suami isteri," jelasnya.


“Ini adalah buah tangan untuk anda semua. Terima kasih banyak atas segala sokongan yang diberikan dari awal pembabitan Janna dalam industri seni. Saya sayang kamu (peminat) semua," pesan Janna.

Sumber : Ig Janna Nick

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)