Perlu 30,000 pekerja , 2,000 restoran mamak terpaksa gulung tikar, kata presiden PRESMA

encik gotenks
0

 


Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanyalah tujuan hiasan semata-mata

Kekurangan tenaga kerja yang membelenggu sektor perkhidmatan sajian dan restoran sejak pandemik C0VID-19 melanda negara ini, menyebabkan lebih 2,000 restoran mamak terpaksa menutup perniagaan sejak 2020.


Kekurangan tenaga kerja berlaku bukan saja disebabkan kebanyakan pekerja asing mereka yang sebelum ini terpaksa pulang kerana tamat permit kerja atau terkandas akibat pandemiik ketika pulang bercuti di negara asal, tetapijuga disebabkan kesukaran mendapatkan pekerja tempatan bagi mengisi kekosongan itu.


Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan, menyifatkan kekurangan tenaga kerja kini menjadi isu besar yang semakin kritiikal membelenggu ahlinya di seluruh negara.


Beliau berkata, kekurangan pekerja memberi kesan besar terhadap kelangsungan industri perkhidmatan sajian dan restoran sejak larangan kemasukan pekerja asing dikuatkuasakan susulan pandemiik C0VID-19.



"Daripada 12,000 ahli yang berdaftar dengan PRESMA, kini lebih 2,000 ahli sudah menutup operasi dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini disebabkan beberapa faktor, kebanyakannya disebabkan kekurangan tenaga kerja.


"Meskipun kami kini membuka peluang kepada tenaga kerja tempatan, namun langkah ini 'bagaikan mencencang air' kerana tiada sambutan daripada rakyat Malaysia untuk bekerja di restoran mamak.


"Susulan isu ini, ahli persatuan kini sudah berkurangan kepada kira-kira 10,000 sahaja kerana sudah ramai yang terpaksa menutup sepenuhnya operasi restoran mereka kerana sukar mendapat pekerja," katanya.


Jawahar Ali berkata, ramai juga pekerja restoran sebelum ini menggunakan MyTravelPass pulang untuk bercuti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan tetapi tidak dapat masuk semula akibat pandemik, sehingga menjejaskan operasi restoran mamak di seluruh negara.

"Kini selepas PKP tidak lagi berkuat kuasa dan kita pun sudah bergerak ke arah yang lebih baik dalam tempoh pandemiik ini serta keadaan ekonomi yang beransur pulih ini, namun isu pekerja terus menjejas operasi restoran.


"Hari ini, kami berdepan situasi kritikal sehingga ada restoran mamak yang terpaksa memaksimumkan operasi dengan sedikit pekerja sehingga memberi tekanan untuk perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Apabila membabitkan pelanggan ia memberi kesan langsung kepada kami," katanya kepada BH.



Mengulas lanjut, Jawahar Ali berkata, industri restoran mamak memerlukan sekurang-kurang 30,000 lagi pekerja untuk mengisi kekosongan di seluruh negara.


"Operasi restoran mamak hari ini juga berdepan keadaan 'kelam-kabut' ekoran sistem yang sudah ditetapkan sebelum ini sukar dilaksanakan disebabkan kekurangan pekerja.


"Biasanya setiap bahagian perkhidmatan di restoran mamak akan ada beberapa pekerja terlatih atau mahir untuk kendalikan bahagian itu. Contohnya pekerja di bahagian menyediakan air, tidak akan bertugas sebagai penghantar makanan atau tukang masak terpaksa menjadi penebar roti canai. Malah, ada petugas khusus untuk menjaga kebersihan premis, termasuk mencuci tandas.


"Jadi, apabila berlaku kekurangan pekerja ini, sistem itu amat sukar dipraktikkan lagi dan menjadi kelam-kabut. Perkara paling dibimbangi adalah soal kebersihan yang menjadi keutamaan PRESMA," katanya.


Jawahar Ali berkata, ahli PRESMA sentiasa sedia menyahut seruan kerajaan untuk menggaji pekerja tempatan, tetapi malangnya ia sukar dilaksanakan kerana bilangan rakyat Malaysia yang mahu berkhidmat di restoran begitu menyedihkan.


"Kita menghasilkan poster khas untuk pengambilan rakyat tempatan dan dipasang di setiap restoran ahli, namun sambutan amat dingin. Yang datang pun hanya warga emas yang kesempitan wang atau warga asing yang lari daripada majikan di sektor lain seperti buruh ladang atau pendatang asing tanpa izin (PATI).


"Kita tidak diskiriminasi warga emas yang masih mampu bekerja walaupun sebenarnya kita memerlukan tenaga muda dalam perkhidmatan ini.


"Orang muda lebih suka bekerja dalam sektor ekonomi gig... mungkin kerana waktu kerja yang fleksibel," katanya.


Sebelum ini, Jawahar Ali dilaporkan berkata, kebanyakan pengusaha restoran mamak kehilangan hampir 50 peratus pekerja selepas mereka pulang ke negara asal sejak PKP dilaksanakan pada awal 2020.


Sumber : Berita Harian Online

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)