Header Ads

Harga barang sudah naik, kalau gaji dapat sedikit lebih baik balik Bangladesh, kata pekerja asing

 



Penafian : Gambar hanyalah sekadar hiasan semata-mata

Rata-rata pekerja warga asing memberikan alasan kos sara hidup di Malaysia yang semakin meningkat menjadi punca mereka meminta gaji dan upah tinggi.


Pekerja binaan yang hanya mahu dikenali sebagai Wak Edi, 45, berkata, dia sudah lama berada di Malaysia dan kenaikan gaji atau upah adalah perkara biasa.


“Sekarang harga barang sudah meningkat. Kami juga perlu tampung kos hidup di sini. Lagi mahu hantar pulang duit ke kampung.



“Bukan saja-saja minta naik upah. Saya sendiri sudah mahu pulang ke Indonesia tidak lama lagi. Sudah cukup bekerja di Malaysia,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.


Seorang lagi pekerja ­asing dikenali sebagai Amat, 42, berkata, gaji dan upah mereka hanya naik sedikit sahaja untuk disesuaikan dengan peningkatan kos sara hidup.


Dia yang berasal dari Indonesia mendakwa hanya meminta kenaikan gaji atau upah hanya RM10 sehari dan kadar tersebut masih boleh dirundingkan jika berminat mengambilnya bekerja.


“Boleh sahaja datang temui saya bincang upahnya. Biasalah sekarang ini harga barang pun mahal,” katanya ketika dihubungi.




Seorang pekerja asing Bangladesh, Abu Salim, 33, berkata, dia minta naik sedikit sahaja gaji pada tahun ini sebelum majikannya bersetuju.


Dia yang enggan mendedahkan jumlah gaji diterimanya berkata, gaji baharu itu dapat membantunya meneruskan pencarian rezeki di negara ini.


“Tidak (naik) banyak. Naik sedikit sahaja (gaji). Jika gaji tidak cukup (lebih baik) balik Bangladesh,” katanya. 

Sumber : Kosmo! OnIine

No comments:

Powered by Blogger.