Bekas isteri Da'i Farhan kini sudah tak bertudung?

encik gotenks
0

 


Dr Erin atau nama penuhnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi mula dikenali ramai netizen selepas dia berkahwin dengan Da'i Farhan.


Namun hubungan rumahtangga pasangan ini tidak berpanjangan apabila pada 20 April 2020, wanita yang ke-19 ini membuat pengumuman rasmi di laman Instagramnya memberitahu mereka sudah bercerai.


Namun yang mengejutkan ramai netizen adalah apabila baru-baru ini Dr. Erin telah memuat naik gambar di instagramnya membuatkan ramai netizen terkejut melihatnya.


Iyelah, imej Dr Erin sebelum ini yang bertudung sudah sinonim dengan dirinya namun gambar terbarunya yang dirakamkan ketika beliau berada di Sabah dengan berimej tidak bertudung semestinya mengejutkan ramai.


Netizen yang terkejut beruk dengan penampilan terbaru Dr Erin terus mempersoalkan tindakannya itu dan ingin mendapatkan kepastian dari tuan punya badan sendiri.


Walau bagaimanapun, Dr Erin membuat pengakuan dia tidak membuka tudung sepenuhnya.


Beliau turut menegaskan bahawa dirinya masih sama seperti dahulu dan juga tidak lupa untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang umat Islam.


Biarpun ramai yang masih mengkritik tindakan wanita terbabit, Dr Erin menjelaskan bahawa orang lain tidak berada di tempatnya, jadi mereka tidak tahu apa yang dirinya diuji.



Walaupun ramai yang mengecam tindakkannya itu, ada juga netizen yang memberikan kata-kata semangat buatnya agar terus lakukan apa yang dia suka.


Sumber : Lobak Merah
Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)