Adibah Noor tegur jangan mengada-ngada selepas DJ radio bahasa Inggeris sebut 'ringgit' dengan slang mat saleh

encik gotenks
0

 


Penyanyi Adibah Noor, 52, pelik dengan cara sebutan penyampai di stesen radio bahasa Inggeris tempatan apabila menggunakan slang yang tidak kena.


Adibah merujuk kepada sebutan perkataan 'Ringgit' penyampai terbabit yang disifatkan mengada-ngada sedangkan penyampai itu dibesarkan di Malaysia dan tahu cara sebutan sebenarnya. 


"Kadang-kadang tak faham apabila dengar stesen radio berbahasa Inggeris. Jika anda orang Malaysia dan bukan berasal dari luar negara, jangan nak mengada-ngada sebut 'Ring-it' sedangkan sebutan sebenar 'Ringgit'.



"Dari kecil lagi sudah sebut Ringgit. Hanya kerana jadi penyampai radio bahasa Inggeris tak boleh sebut Ringgit," katanya menerusi hantaran video di Instagram.


Adiba yang pernah menjadi guru bahasa Inggeris sebelum ini cukup lantang mengenai topik penggunaan bahasa berkenaan di media sosial.


Malah, Adibah pernah menegur ucapan seorang menteri kerana tersalah menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris.



Selain itu, dia juga membetulkan kesalahan sebutan dilakukan penyampai berita sebelum ini.

Walaupun ada yang mengkritik tindakannya, Adibah berkata, dia takkan berhenti untuk berkongsi ilmu dengan khalayak mengenai penggunaan betul bahasa itu.


"Tujuan dan niat saya adalah untuk berkongsi apa yang saya tahu, memperbetulkan sebutan dan bukan nak jatuhkan sesiapa," katanya dalam sebuah kenyataan sebelum ini.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)