Hidup ini sebenarnya satu misteri, saya merupakan captaion di laut bergeIora, kata Dr Erin

encik gotenks
0

 


Baru-baru ini netizen dikejutkan dengan pendedahan Dr Erin yang juga bekas isteri kepada pendakwah bebas Da’i Farhan atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi yang telah memuat naik gambar ketika dia berada di Tawau Sabah yang memaparkan dirinya kini tidak lagi bertudung.


Pendedahan itu telah menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen dan rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Dr Erin itu.


Mungkin itu adalah permulaan kepada imej barunya kerana hari ini Dr Erin telah memuat naik lagi dua keping gambar menunjukkan imej terkini beliau.


Kali ini nampak lebih berani dengan rambutnya kelihatan sedikit berwarna keperangan.


Menerusi laporan dari portal news-tel, Dr Erin telah menulis caption yang memberi makmsud dia adalah caption di dalam laut bergelora dan walau macam mana sukar pun dia tetap akan muncul jua.


Quote itu dikatakan diambil dari watak terkenal Captain Jack Sparrow lakonan Johny Depp.


Seperti yang dijangka, menjenguk di ruangan komen ramai netizen yang terkejut dan memberikan pandangan sendiri. Ada yang sampai beristigfar selepas melihat penampilan terbaru beliau.




Dr Erin sebelum ini telah menjawab pertanyaan netizen dan dia menegaskan dia masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslimah dan dia tidak meninggalkan solat wajib dan sunat setakat ini.

Sumber : Instagram Dr Erin via news-tel

Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)