Header Ads

Budak sekolah ingin beli beras 5 kilo tapi duit tak cukup, cashier terpaksa pulangkan balik wang

 




Sejak pandemlk C0vid-19 yang melanda, banyak negara yang terkesan baik dari segi ekonomi dan lain-lain. Banyak kilang/perniagaan yang terpaksa gulung tikar dan semestinya yang terkesan secara langsung adalah pekerja atau rakyat bawahan yang sudah memang hidup cukup-cukup makan saja.


Ramai yang masih alpa dan terus hanyut dengan membazir dan tidak menyimpan walau sedikit duit untuk kegunaan masa depan. Hakikatnya ramai rakyat yang sudah kehilangan kerja dan sumber pendapatan.


Seorang pengguna FB yang dikenali sebagai tuan Muhammad Yusof ada memuat naik satu kisah yang pasti meruntun hati sesiapa saja yang membacanya.



Masa saya nak bayar barang kat kedai runcit, depan saya ada sorang budak tengah nak bayar barang. Budak tu nak beli beras 5 kilo. 

Tapi itulah time nak bayar, budak tu tak cukup duit pulak. Last-last budak tu tak jadi beli sebab tak cukup duit. 

Masa cashier nak pulang duit budak tu saya perasan dia bayar guna duit seringgit-seringgit dan duit syiling. 

Saya terus kata kat cashier, takpe saya bayarkan beras budak tu. 

Lepas tu saya hulur RM10 kat budak tu, saya kata buat duit dia pergi sekolah. 

Budak tu ucap 'terima kasih bang..', lepas tu dia hilang. 



Time-time sekarang ni, bersyukurlah kalau kita masih boleh makan kat restoran sedap-sedap, sebab ada orang yang nak makan nasi pun bercatu sekarang ni 😢😢

Sejak 2-3 bulan kebelakangan ni, macam-macam situasi yang menginsafkan berlaku depan mata saya. Sesungguhnya, 'susah is real' itu realiti.

p/s: kalau korang pernah berhadapan dengan kisah-kisah sedih macam saya, kongsilah ya. Saya nak baca 😢

Kisah ini bukanlah sinetron atau drama kat tv3 yang disiarkan setiap petang. tetapi inilah kisah nyata yang berlaku dikalangan segelintir masyarakat.


Sumber artikel : FB Muhammad Yusof

1 comment:

  1. Casino Review - DrMCD
    Casino Review. Our experts analyse and rate the 여주 출장마사지 casino games they 창원 출장마사지 offer. In 김제 출장샵 our Casino Review, 광양 출장마사지 you can read everything you need to 나주 출장샵 know about the game selection,

    ReplyDelete

Powered by Blogger.