Sudah menjadi lumrah kehidupan kita, jika belum ada pasangan ada yang bertanya bila nak berkahwin dan jika sudah berkahwin pasti kita tidak dapat elakkan pula dengan soalan bila mahu menimang cahaya mata.
Seperti yang kita sedia maklum, cahaya mata adalah pelengkap kepada hidup suami isteri.
Bagaimanapun bagi pasangan popular yang baru mendirikan rumahtangga itu, Haqiem Rusli dan isterinya, Anis Sofea berkata mereka masih merancang keluarga memandangkan mereka masih lagi muda, namun tidak menolak andai diberi rezeki zuriat dalam masa terdekat.
“Saya tak menolak rezeki, kalau dah perjalanan hidup saya dan Sofea akan ada cahaya mata dalam masa terdekat kami terima… itu rezeki Allah.
“Tapi untuk masa sekarang bukan kami taknak cuma kami masih nak memantapkan lagi hubungan daripada segi kesefahaman. (Perlu bincang) adakah kami sudah bersedia (timang anak) dalam umur sekarang ni.
“To be honest saya tak bersedia lagi, saya masih buat research macam mana nak jadi suami yang baik, masih cari pengalaman la. belum sedia ada anak dalam usia muda ni,” katanya.
Dalam pada itu, Haqiem berkata dia dan isteri kini dalam proses mengenali antara satu sama lain serta belajar untuk menjadi pasangan yang baik. Haqiem juga akui ianya berbeza selepas bergelar suami apatah lagi perlu memikul tanggungjawab besar.
“Dalam hal berkaitan rumah tangga kami akan bertanya kepada ibu bapa saya dan Sofia, mereka yang membantu mematangkan lagi hubungan kami. Mereka yang lebih berpengalaman dalam rumah tangga.
“Kalau nak bercakap soal perbezaan selepas berkahwin, pada mulanya memang rasa berbeza sebab saya perlu memikul tanggungjawab yang lain. Apa sahaja urusan Sofea saya turut perlu ambil tahu,” katanya.
Sumber : mStar Online via Rotikaya