Baru-baru ini viral di media sosial apabila konflik rumahtangga yang membabitkan bekas pemain bolasepak Selangor, Bambang Pamungkas dengan isterinya Amalia Fujiawati. Ini kerana bekas pemain bola sepak itu dikatakan berasa ragu mengenai status anak kandungnya.
Pasangan itu yang dikatakan mendirikan rumahtangganya pada 2018. Walaupun begitu, jodoh mereka tidak panjang apabila pasangan ini membuat keputusan untuk bercerai ketika bekas isterinya itu sedang hamil anak keduanya.
Menerusi laporan dari ohbulan, perpisahan tersebut membuatkan bekas isterinya berasa geram kerana Bambang mungkir janji dan tidak bertanggungjawab terhadap anaknya. Selain itu, dia juga pernah berjanji untuk memberi nafkah bulanan, berjumpa sebulan sekali dan membuat panggilan video dua kali seminggu kepada anaknya
Namun, wujudnya dakwaan yang mengatakan anak keduanya itu bukanlah darah daging bekas pemain bola sepak berkenaan membuatkan Amalia nekad untuk melakukan ujian DNA untuk membuktikan bahawa anak itu adalah anak kandung mereka berdua.
Hasil ujian DNA mendapati bahawa anak tersebut merupakan anak kepada Bambang, namun bekas atlet terbabit terus menafikan status anak kandungnya itu.
Saya harap Bambang menamatkan drama ini. Hati Bambang sebenarnya tahu yang anak-anak itu adalah anak kandungnya.
Dalam pada itu, pihak mahkamah memutuskan bahawa status anak mereka gagal dibuktikan kerana mereka telah berkahwin secara rahsia tanpa wali dan dikurniakan dua orang cahaya mata hasil daripada perkahwinan tersebut.
Anak tersebut tak terbukti anak dari kedua belah pihak. Maka tuntutan hak asasi anak dan mata pencarian anak ditolak oleh panel hakim.
Sumber : Suara.com, Pop Grid
Kredit : OhBulan